HomeSukan780 peserta sertai berbasikal bersama TYT

780 peserta sertai berbasikal bersama TYT

Read Time:1 Minute, 12 Second

Kota Kinabalu : Seramai 780 orang peserta menyertai program Berbasikal Bersama Tuan Yang Terutama (TYT) yang diadakan di Padang Merdeka di sini semalam.

Majlis pelepasan yang bermula jam 7.30 pagi itu disempurnakan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.

Pada tahun ini, sebanyak tiga kategori diadakan iaitu Berbasikal Bersama Toh Puan yang diketuai sendiri oleh Toh Puan Norlidah R.M Jasni, Berbasikal Bersama VIP dan Konvoi Motosikal Bersama TYT.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, acara berkenaan merupakan salah satu pengisian bagi sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-70 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan berkenaan berkata, semua program yang diadakan menunjukkan Tun Juhar sentiasa bersama dengan rakyat.

Bagi kategori berbasikal bersama Toh Puan melibatkan kayuhan sejauh 30 kilometer yang melalui beberapa laluan antaranya Kompleks Karamunsing; Bulatan Nenas; City Mall; Metro Town; Bomba Lintas; Kampung Darau; Simpang UA; One Borneo ; UMS; Menara Kinabalu; SICC dan berakhir di Padang Merdeka.

Manakala laluan bagi berbasikal bersama VIP pula adalah melibatkan kayuhan sejauh 13 kilometer.

Antara laluan yang dilalui ialah Kompleks Karamunsing; Wisma TP; Likas Plaza ; Masjid Bandaraya; SICC sebelum berakhir di Padang Merdeka.

Hadir sama, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Al Hambra Tun Juhar, Pembantu Menteri Kewangan, Tan Lee Fatt, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Jamili Nais dan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Norliza Awang Alip.

RELATED ARTICLES
Sukan

Lebih 1,500 meriahkan HSN daerah Putatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular