HomeEkonomiBadan berkanun negeri, GLC bayar RM138.7 juta dividen dan sumbangan

Badan berkanun negeri, GLC bayar RM138.7 juta dividen dan sumbangan

Read Time:2 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU: Badan berkanun negeri dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) telah membayar sejumlah RM138.7 juta dividen dan sumbangan kepada kerajaan negeri pada 30 Oktober tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor memuji badan berkanun dan GLC negeri yang telah mencatatkan keuntungan dan boleh membayar dividen semasa dan pada masa yang sama memberi sumbangan kepada kerajaan negeri.

Bagaimanapun, beliau berkata jumlah itu adalah 8.8 peratus lebih rendah daripada jumlah yang diterima tahun lepas.

“Ia agak mengecewakan. Semua badan berkanun dan GLC perlu meningkatkan usaha untuk menjana lebih banyak pendapatan pada tahun-tahun akan datang,” katanya pada majlis penutupan Kursus Lembaga Pengarah dan Penyampaian Dividen dan Sumbangan di sini, hari ini.

Teks ucapan Ketua Menteri disampaikan Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun.

Antara yang membayar dividen kepada kerajaan negeri ialah GLC negeri “termuda”, SMJ Sdn Bhd (SMJSB), yang membayar RM50 juta.

Agensi lain yang membayar dividen ialah Sabah Credit Corporation (RM17 juta), KKIP Sdn Bhd (12 juta), Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (RM12 juta), Innoprise Corporation Sdn Bhd (RM3.568 juta), Desa Plus Sdn Bhd (RM2 juta), Sabah International Dairies Sdn Bhd (RM1 juta), Borneo Development Corporation (RM355,320), Sabah Air Aviation Sdn Bhd (RM305,210) dan Keningau Agro-Venture Sdn Bhd (RM500,000).

Enam agensi menyumbang kepada kerajaan negeri ialah Lembaga Perindustrian Getah Sabah
(RM1.5 juta), Lembaga Pelabuhan Sabah, Lembaga Kemajuan Hutan Sabah (Safoda), Perbadanan Kemajuan Luar Bandar (KPD), dan Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDB), masing-masing menyumbang RM1 juta, dan Ko-Nelayan, menyumbang RM500,000.

Sementara itu, Ketua Menteri berkata badan berkanun dan lembaga pengarah GLC mesti melaksanakan tadbir urus korporat yang baik dari perspektif pentadbiran dan penilaian untuk memastikan keselamatan syarikat dan badan berkanun terjamin.

Ahli lembaga pengarah yang mempunyai etika dan moral yang baik akan dapat mengemudi syarikat mereka untuk memacu pertumbuhan ekonomi disamping mempertingkatkan perancangan strategik, katanya.

Dalam hal ini, Hajiji memilih Sawit Kinabalu sebagai penanda aras bagi seluruh GLC negeri dan badan berkanun untuk dicontohi, kerana ia telah menunjukkan daya tahan yang kukuh dan daya saing dalam industri walaupun berdepan harga komoditi kelapa sawit yang tidak menentu.

“Pada masa sama, setiap agensi mesti bijak dan berjimat cermat dalam perbelanjaan mereka juga
mengutamakan pulangan yang baik untuk melindungi kebajikan syarikat, mengekalkan prestasi dan
menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi negeri,” katanya.

Beliau turut mengingatkan ahli lembaga pengarah agensi negeri supaya sentiasa membuat keputusan berdasarkan Akta Syarikat, enakmen atau pekeliling kewangan semasa.

“Ahli lembaga mesti secara kolektif memastikan agensi mereka beroperasi dengan cekap dan kemampanan fiskal dan boleh merangka strategi terbaik untuk kepentingan negeri,” katanya.

Hajiji berkata, beliau menyokong inisiatif Kementerian Kewangan Negeri untuk mengadakan kursus tersebut adalah sesuai untuk ahli lembaga baru dan sedia ada untuk meningkatkan pengetahuan mereka dan kemahiran mengurus agensi masing-masing.

Beliau berkata badan berkanun dan GLC Negeri mesti menyokong aspirasi kerajaan negeri untuk membangunkan ekonomi Sabah secara holistik dan menyokong usaha kerajaan negeri mengurangkan pergantungan kepada makanan import dan untuk
menghapuskan kemiskinan.

RELATED ARTICLES
Utama

SPR dicadang pertimbang guna kaedah undi pos untuk rakyat Sabah di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular