HomeIsu tempatanSuspek bawa lari kenderaan bersama enam murid sekolah berjaya ditangkap

Suspek bawa lari kenderaan bersama enam murid sekolah berjaya ditangkap

Read Time:1 Minute, 1 Second

RANAU: Enam murid dari Sekolah Kebangsaan Pinousuk berada dalam keadaan detik cemas selepas kenderaan yang dinaiki telah dirampas dan dipandu oleh seorang lelaki dalam satu kejadian di hadapan sebuah kedai runcit tepi jalan Kampung Pinousuk, Kundasang petang tadi.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintenden Simiun Lomudin berkata, kira-kira jam 5.06 petang tadi (31 0kt) pihak polis menerima satu laporan polis mengenai seorang lelaki yang telah membawa lari kenderaan jenis Proton Persona Nombor Pendaftaran CCQ 9192 di hadapan kedai runcit tepi jalan Kg. Pinousuk, Kundasang.

“Lelaki itu juga turut membawa enam orang murid dari SK. Pinousuk di dalam kenderaan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Simiun, berdasarkan maklumat, suspek telah berjaya ditangkap oleh pihak polis dan keenam-enam murid tersebut ditemui berada dalam keadaan selamat.

Sebelum itu, video mengenai tangkapan pihak polis ke atas suspek telah tular di media sosial hari ini.

Justeru itu, Simiun menegaskan bahawa pihak polis sedang menjalankan siasatan untuk memastikan tindakan dari sudut perundangan dilaksanakan.

“Kes telah disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian ini boleh menyalurkan maklumat berkenaan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau bagi membantu siasatan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Tiga kompaun dikeluarkan ke atas premis hiburan langgar peraturan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular