HomeUtamaHajiji ajak ahli DBS, anak muda Sabah bersama, ganding bahu bangunkan negeri

Hajiji ajak ahli DBS, anak muda Sabah bersama, ganding bahu bangunkan negeri

Read Time:2 Minute, 32 Second

Kota Kinabalu : Ahli-ahli Dewan Belia Sabah (DBS) yang mewakili 73 Dewan Undangan Negeri (DUN) belia Sabah diseru untuk terus memberi sokongan dan dokongan kepada pimpinan Kerajaan Negeri untuk membawa Sabah lebih maju dan makmur.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, beliau juga turut mengajak semua anak muda negeri ini untuk bersama berganding bahu dalam membangunkan Sabah seterusnya menjayakan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Katanya, beliau akan memastikan kerajaan yang dipimpinnya terus melakukan yang terbaik untuk negeri dan rakyat Sabah.

“Negeri Sabah tanah air tercinta ini adalah tanggungjawab kita bersama. Negeri ini tidak akan maju dalam erti kata yang sebenar sekiranya masih ada warganya terpinggir dalam pembangunan yang dilaksanakan.

“Pada persidangan ini, saya telah menerima usul-usul yang telah dibahaskan oleh Ahli DBS dan Kerajaan Negeri menghargai segala pandangan kritis, cadangan dan idea yang bernas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada penutupan Persidangan DBS, Mesyuarat Pertama Penggal Pertama di Dewan Bangkuasi DUN Sabah di sini hari ini.

Persidangan DBS yang pertama itu telah berlangsung selama dua hari bermula semalam dan disertai oleh seramai 79 Ahli DBS, termasuk enam DUN Belia lantikan.

Sebanyak sembilan usul telah dipilih untuk dibahaskan oleh Ahli-ahli Dewan Belia yang menyentuh pelbagai isu mendasarkan kepada kepentingan rakyat negeri ini khususnya golongan belia.

“Saya mengambil maklum pelbagai kegusaran yang telah dibangkitkan oleh para Ahli DBS semasa perbahasan. Antaranya mengenai pembangunan infrastruktur asas luar bandar, eko-sistem pembangunan keusahawanan Sabah, Pindaan Perlembagaan Negeri berkaitan pemilihan ADUN Lantikan dalam kalangan belia yang diangkat dalam kalangan ahli DBS, isu perundangan, keselamatan, integriti, dan antarabangsa, peluang pekerjaan, Sabah Youth Hub yang memfokuskan pembangunan belia dan Kepimpinan dan beberapa usul lain.

“Kerajaan Negeri akan meneliti secara terperinci usul-usul yang menjadi keutamaan dan keperluan untuk mengangkatnya ke Persidangan DUN Sabah atau dibincangkan di peringkat Kabinet Negeri Sabah,” katanya.

Hajiji berkara, Kerajaan Negeri juga memandang serius terhadap setiap cabaran yang dihadapi oleh golongan belia hari ini terutamanya kualiti kehidupan pasca COVID-19 yang melibatkan keseluruhan rakyat negeri ini.

Beliau berharap dengan wujudnya Dewan Belia dapat membantu golongan generasi muda menguasai pelbagai ilmu pengetahuan, mengetahui dan memahami hak sebagai pengundi dan pemegang mandat dalam menentukan kepimpinan negeri dan negara pada masa hadapan, serta memastikan belia memberikan perhatian sepenuhnya serta tahu tanggungjawab terhadap pembinaan masa depan negeri dan negara.

Katanya, tanggungjawab yang dipikul oleh Ahli DBS bagi sesi 2023-2024 cukup berat dan mencabar demi untuk melahirkan barisan kepimpinan generasi muda yang berketerampilan, berkebolehan, beropendidikan dan mempunyai wawasan untuk samasama menyumbang dalam pembangunan negeri ini khasnya dan negara amnya.

Menurutnya, penubuhan DBS merupakan manifestasi dan idea Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah hasil kolaborasi bersama Majlis Belia Sabah dan Jabatan Belia dan Sukan (P) Sabah.

“Ini selaras dengan peranan dan fungsi KBS Sabah untuk melaksanakan programprogram kepimpinan di bawah program Inkubator Kepimpinan Belia Sabah (IKEBS) yang merupakan platform untuk para belia mendapatkan latihan dan bimbingan bagi membangkitkan potensi diri sebagai belia kompeten dan berwibawa bagi menjayakan misi Hala Tuju SMJ yang diperkenalkan oleh kerajaan masa kini,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO JKM

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan Negeri sokong penuh pindaan Ordinan Buruh Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya