HomeUtamaCuri besi dan peralatan rumah: 13 individu ditangkap

Curi besi dan peralatan rumah: 13 individu ditangkap

Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Seramai 13 individu berjaya diberkas oleh sepasukan polis Kota Kinabalu dalam satu serbuan ketika mereka sedang mencuri besi dan peralatan rumah di tapak pembinaan rumah Pacific Heights, Tanjung Lipat dekat sini pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah mengesahkan pihak polis telah berjaya membuat tangkapan ke atas 13 suspek termasuk dua warga asing yang sedang mencuri besi dan peralatan perumahan di kawasan pembinaan rumah yang terbengkalai di Pacific Height, Kota Kinabalu pada Isnin (30 Okt) jam 3.15 petang.

Katanya, kesemua suspek yang ditangkap berumur antara 25 tahun hingga 49 tahun termasuk dua wanita berumur 29 dan 44 tahun.

Antara suspek yang ditahan semasa sedang mencuri besi di lokasi tersebut. – Foto ihsan IPD Kota Kinabalu.

Menurut kenyataan media hari ini, Mohd Zaidi berkata, sebaik sahaja menerima maklumat dari orang awam tentang kejadian kecurian di tapak pembinaan yang terbengkalai sejak enam tahun itu, pihak polis telah membuat serbuan dan telah menangkap kesemua suspek yang sedang membuka dan meleraikan pelbagai peralatan rumah seperti wayar, kabel aluminium, batang aluminium, bingkai pintu aluminium, bingkai tingkap aluminium, batang paip dan lain-lain.

“Kesemua peralatan perumahan dan peralatan yang digunakan oleh suspek untuk membuka dan meleraikan peralatan perumahan itu telah dirampas,” katanya.

Beliau berkata, ekoran tangkapan suspek-suspek ini pihak polis telah berjaya menyelesaikan dua kes kecurian di kawasan pembinaan itu yang dilaporkan pada 28 Oktober 2023.

Mohd Zaidi turut menasihati orang ramai supaya tidak menceroboh dan
mengambil barang-barang dan peralatan dari mana-mana kawasan
pembinaan termasuk kawasan pembinaan perumahan yang terbengkalai kerana ia adalah satu perbuatan mencuri yang boleh ditangkap di bawah Seksyen 379 Kanun Kesiksaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular