HomeSukanPasukan bola sepak perlu sokongan kewangan kerajaan negeri

Pasukan bola sepak perlu sokongan kewangan kerajaan negeri

Read Time:1 Minute, 21 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan negeri diharap dalam membantu pasukan kelab bola sepak negeri dan pasukan bawahan lain khususnya dari segi kewangan bagi memastikan para pemain melaksanakan tugas dengan baik.

Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata, pasukan utama dan pasukan bawahan lain tidak kira di negeri ini mahupun di tempat lain sudah pasti akan berdepan kekangan jika tiada bantuan yang sewajarnya disalurkan mana-mana pihak.

“Di mana sekalipun, saya percaya sudah tentu mempunyai beberapa kekangan dan kalau kita lihat senario bola sepak kita, sudah tentu kita ingin kerajaan negeri terutamanya membantu dari segi kewangan bukan saja kepada pasukan  kelab atau pasukan utama tetapi juga kepada pasukan bawahan.

“Ini kerana projek pembangunan (bola sepak) amat penting dan dari situ kita harus mendapatkan sumber kewangan yang amat tinggi. Saya percaya hanya kerajaan negeri dan juga penaja syarikat besar yang mampu menaja pasukan kelab mahupun pasukan remaja agar dapat menjalankan tugas mereka dengan lebih baik,” katanya kepada media, di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan pasukan bertanding dalam Liga Super pada musim depan berkurangan disebabkan masalah kewangan dihadapi kelab seperti kebimbangan disuarakan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sebelum ini.

Ia berikutan khabar angin mengenai isu kewangan yang dikatakan mula melanda beberapa pasukan dalam Liga Super musim ini, termasuk yang terbaharu Sabah FC.

Sebelum ini, terdapat desas-desus mengatakan pemain Sabah FC berdepan masalah tunggakan gaji berikutan pendedahan mengenai isu itu di TikTok oleh individu yang mengaku pemain bawah 23 (B23) skuad Sang Badak itu.

Difahamkan, pembayaran gaji pemain dan pegawai pasukan tertunggak beberapa bulan, menyebabkan ada antara mereka yang sudah tidak tahan dan tampil mendesak agar masalah itu diselesaikan segera.

RELATED ARTICLES
Sukan

Liga Super 2024 : Kim Swee belum puas hati pada bahagian...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular