HomeUtamaPelancong maut, bas persiaran bertembung dengan lori di Semporna

Pelancong maut, bas persiaran bertembung dengan lori di Semporna

Read Time:1 Minute, 10 Second

SEMPORNA : Seorang pelancong warga China maut selepas bas persiaran yang dinaiki bertembung dengan lori mengakibatkan berlaku kemalangan di Kilometer 21 Jalan Semporna – Tawau, pagi tadi. (2 Nov)

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku pada jam lebih kurang 11.30 itu apabila sebuah lori jenis Isuzu dari arah Tawau menuju ke Semporna bertembung dengan bas persiaran pelancongan dari arah Semporna menuju ke Airport Tawau.

Katanya, seramai 15 orang pelancong warga China dalam lingkungan berumur 30 hingga 60 an terdiri daripada lima perempuan dan 10 lelaki berada dalam bas tersebut.

“Lori Isuzu yang dipandu oleh suspek yang datang dari arah bertentangan, telah memasuki ke lorong jalan bas persiaran pelancongan berkenaan, lalu melanggar dan mengakibatkan bas tersebut terbabas dan terbalik ke sebelah kiri jalan.

“Dalam kejadian kemalangan ini, salah seorang Lelaki pelancong warga China berumur dalam lingkungan 56 tahun yang juga penumpang bagi bas Persiaran Pelancongan tersebut telah meninggal dunia dan telah dirujuk ke Hospital Daerah Semporna, sementara penumpang yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Manakala pemandu lori Isuzu tersebut mengalami kecederaan patah kaki sebelah kanan, dan dirujuk ke Hospital Daerah Tawau,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Mohd Farhan, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Sebarang keterangan kes boleh berhubung dengan Inspektor Hemkkumar A/L Ayathuray, di Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna, di talian 012-3650021 atau 089-782020,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

2 Anggota Polis Ulu Tiram Terbunuh, Penyerang Ditembak Mati

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular