HomeUtamaPelaksanaan Minggu Solidariti Palestin di sekolah dialu-alukan, perlu ikut SOP ditetapkan

Pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin di sekolah dialu-alukan, perlu ikut SOP ditetapkan

Read Time:1 Minute, 4 Second

Bongawan : Sabah mengalu-alukan pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin di sekolah-sekolah di negeri ini namun perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, program itu diyakini mampu menyemai rasa kemanusiaan dalam kalangan pelajar.

“Program ini sangat baik untuk menyemai rasa kemanusiaan dikalangan pelajar dan juga nilai kasih sayang.

“Selain itu, program ini juga mampu menghindari para pelajar daripada perkara-perkara yang boleh menjejaskan nilai kemanusiaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan sambutan Maulidur Rasul peringkat Daerah Membakut di Masjid Nurul Hidayah Pekan Bongawan di sini semalam.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan, Dr. Daud Yusuf dan Pegawai Daerah Membakut, Ibrahim Terki.

Arifin yang juga ADUN Membakut berkata, meskipun negeri ini tidak mewajibkan untuk melaksanakan program berkenaan namun ia sesuai dengan slogan ‘Malaysia Madani’ yang diperkenalkan Kerajaan Perpaduan diperingkat Persekutuan.

“Madani adalah tamadun, tamadun ialah akhlak dan tamadun itu kasih sayang dan nilai-nilai kemanusiaan. Oleh itu mana-mana sekolah yang ingin laksanakan program itu, kita alu-alukan yang penting mematuhi  garis panduan yang telah ditetapkan KPM, ” katanya.

Terdahulu, sebelum ini KPM memaklumkan akan melaksanakan Minggu Solidariti Palestin bermula 29 Oktober, sebagai tanda kebersamaan warga KPM dalam menyokong nilai kemanusiaan sejagat. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah hargai keprihatinan Kerajaan Persekutuan bantu tingkat keterjaminan makanan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular