HomeUtamaTambahan Program Jualan Rahmah di Sabah, Sarawak dan Labuan - Armizan

Tambahan Program Jualan Rahmah di Sabah, Sarawak dan Labuan – Armizan

Read Time:2 Minute, 0 Second

BEAUFORT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menambah jumlah pelaksanaan Program Jualan Rahmah (PJR) di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan bagi bulan November dan Disember 2023.

Pemangku Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, selain peningkatan jumlah pelaksanaan, KPDN juga akan memastikan penawaran bekalan ayam ditambah dengan harga jualan rahmah pada kadar diskaun di antara 10 hingga 30 peratus.

“Pendekatan ini diambil sebagai salah satu strategi intervensi untuk
membolehkan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana mendapat akses kepada bekalan jualan ayam pada harga yang berpatutan.

“Pelaksanaan pendekatan ini akan ditumpukan di kawasan-kawasan yang dilaporkan mempunyai isu penjualan harga yang agak tinggi di pasaran setempat,” katanya semasa menghadiri Program Jualan Rahmah di Perkarangan Masjid Jamik Kampung Kebatu Kebidang di sini, hari ini.

Beliau berkata, pendekatan ini juga adalah sejajar dengan usaha untuk menangani sebarang isu berbangkit berkaitan kadar harga ayam susulan pengumuman penamatan langkah sementara penetapan harga kawalan bagi ayam bermula 1 November 2023.

“Langkah penetapan harga kawalan sementara berkenaan dilaksanakan bermula bulan Februari 2022 disebabkan harga yang terlalu tinggi
pada masa tersebut yang melibatkan pemberian subsidi kepada penternak.

“Untuk rekod, penetapan harga kawalan sementara ayam super sebelum 1 November 2023 bagi Negeri Sabah melibatkan dua harga iaitu RM12.00/kg bagi
Pantai Barat dan RM12.30/kg bagi Pantai Timur.

“Di Sarawak, penetapan harga
kawalan sementara ayam super sebelum ini adalah berbeza mengikut daerah dengan kadar di antara RM10.80/kg hingga RM13.90/kg. Sementara itu, harga kawalan ayam super bagi Labuan adalah RM12.30/kg,” jelasnya.

Menurut Armizan, dengan penamatan langkah penetapan harga kawalan sementara bermula
1 November 2023, KPDN telah melaksanakan pemantauan harian setakat 4 November 2023 di pelbagai premis di seluruh negara.

“Bagi Sabah, hasil pemantauan mendapati harga ayam super di pasaran adalah di antara RM11.49/kg hingga RM13.90/kg. Di Sarawak penawaran harga di pasaran adalah di antara RM8.90/kg hingga RM18.90/kg.

“Sementara itu, harga ayam super di pasaran Labuan adalah di antara RM9.00/kg hingga RM13.90/kg,” katanya.

Justeru, KPDN meminta kerjasama orang ramai untuk memaklumkan kepada kementerian sekiranya mempunyai aduan, boleh berhubung terus melalui saluran berikut:

i. WhatsApp 019-279 4317 / 019-848 8000;
ii. Portal e-Aduan KPDN iaitu http://eaduan.kpdn.gov.my;
iii. Call Centre 1-800-886-800;
iv. E-mel [email protected];
v. Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN;
vi. Bilik Gerakan Penguatkuasaan 03-8882 6088 / 6245,

RELATED ARTICLES
Utama

Pelbagai inisiatif pembangunan dilaksanakan melalui Hala Tuju SMJ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular