HomeUtamaImam terkejut jumpa bayi dalam kotak di hadapan Masjid Al-Mawaddah

Imam terkejut jumpa bayi dalam kotak di hadapan Masjid Al-Mawaddah

Read Time:1 Minute, 45 Second

KOTA KINABALU: Seorang imam terkejut apabila menemui seorang bayi selepas mendengar suara tangisan dari dalam sebuah kotak yang diletakkan di hadapan Masjid Al-Mawaddah, Taman Seri Gaya, Jalan Luyang dekat sini pada Ahad malam.

Dalam kejadian 9 malam pada Ahad (5 Nov) Adzwan Erman, 28, ketika baru pulang ke rumahnya yang berada di kawasan masjid berkenaan, dia terdengar suara tangisan bayi.

Katanya, pada mulanya dia tidak mengendahkan suara tangisan tersebut kerana menganggap suara tangisan bayi itu dari kejiranan.

Lokasi bayi yang dijumpai di bahagian tempat mengambil wuduk, Masjid Al-Mawaddah, Taman Seri Gaya. – Foto ihsan Imam Adzwan Erman

“Setelah memeriksa kawasan masjid dan mengamati suara tangisan bayi tersebut, saya terkejut, rupanya ia dari sebuah kotak yang diletakkan berdekatan dengan tempat mengambil wuduk di sini,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Menurut Adzwan, dia terus memaklumkan kepada jemaah masjid mengenai penemuan bayi tersebut.

Katanya, hasil daripada penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) masjid terdapat kelibat dipercayai seorang wanita berjubah meletakkan kotak yang berisi bayi tersebut di kawasan itu kira-kira jam 7.30 malam.

Adzwan berkata, dalam penemuan bayi itu turut dijumpai satu nota mengenai bayi perempuan tersebut menyatakan tarikh bayi dilahirkan iaitu pada 31 Oktober lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah mengesahkan laporan mengenai penemuan bayi tersebut oleh seorang imam masjid pada 5 November 2023 di lokasi kejadian.

Mohd Zaidi berkata, berdasarkan nota yang ditinggalkan bersama bayi yang cukup sifat itu, dia dilahirkan pada 31 Oktober 2023, manakala individu yang meninggalkan bayi tersebut memohon maaf kerana tidak dapat menjaga bayinya atas faktor ketidakmampuan serta meminta supaya bayi tersebut dihantar ke rumah anak yatim.

“Sehubungan dengan itu, pihak polis Kota Kinabalu telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mendedahkan dan membuang kanak-kanak yang umurnya kurang daripada dua belas tahun oleh ibubapa atau penjaganya.

“Sekiranya disabitkan kesalahan
boleh dihukum dengan penjara selama tempoh tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, Mohd Zaidi menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini untuk menghubungi balai polis berdekatan atau pegawai
penyiasat kes Inspektor Hatikah Ahmad ditalian 0168337246.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Memahami Bidang Kuasa TYT Sabah & Mengapa Tun Musa Aman Dilantik?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular