HomeEkonomiSICC sambut ulang tahun ke-4 dengan BIGSABAH Sale 2023

SICC sambut ulang tahun ke-4 dengan BIGSABAH Sale 2023

Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU: Sempena sambutan ulang tahun keempatnya, Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) akan menganjurkan BIGSABAH Sale, acara mewah tiga hari yang menjanjikan kegembiraan pembeli, memperkasakan perniagaan tempatan dan memupuk kerjasama dalam komuniti perniagaan.

BIGSABAH Sale, yang dijadualkan pada 15 hingga 17 Disember 2023, bermula dari jam 10 pagi hingga 9 malam kecuali 17 Disember, 10 pagi hingga 6 petang, bukanlah acara beli-belah biasa tetapi ia merupakan landskap perniagaan yang bertenaga dan dinamik di Sabah yang menekankan kepentingan menyokong perniagaan tempatan selain menggalakkan kerjasama dan membina perkongsian.

Ketua Pegawai Eksekutif SICC Datuk Rosmawati Lasuki berkata, BIGSABAH Sale akan mempamerkan rangkaian luas produk dan jenama berkualiti, disamping menawarkan pengunjung pengalaman membeli-belah yang unik.

“Antara produk yang ditawarkan termasuklah barangan daripada fesyen, elektronik, hiasan rumah kepada kraf artisan, hasil tempatan, dan banyak lagi pilihan.

“Terdapat lebih 250 gerai, BIGSABAH Sale bakal menjadi pusat beli-belah dan rangkaian. Kami menjangkakan pengguna bukan sahaja dalam Bandaraya Kota Kinabalu, tetapi dari seluruh Sabah, Labuan, Sarawak dan Brunei.

“Kami turut menjangkakan lebih 5,000 pengunjung sehari hadir ke acara itu. Selain itu, kami juga bekerjasama dengan pemain pelancongan dan ejen pelancongan untuk membawa masuk pelancong pada hujung minggu itu, supaya mereka juga boleh merasai perayaan tempatan dan produk kami,” katanya pada sidang media BIGSABAH Sale di sini, hari ini.

Menurut Rosmawati, BIGSABAH Sale juga merupakan hab bagi pemilik perniagaan untuk berhubung, membina rangkaian dan kerjasama.

Katanya, usahawan, pemilik perniagaan dan profesional industri akan berpeluang untuk berhubung, berkongsi idea dan menjalin perkongsian berharga.

“Ia adalah platform di mana individu boleh belajar daripada satu sama lain, bertukar pandangan dan meneroka peluang untuk pertumbuhan. Di luar aspek perniagaan, acara itu bertujuan untuk mengukuhkan semangat kemasyarakatan di Sabah.

“Dengan memupuk hubungan dalam komuniti perniagaan tempatan, kami menyumbang kepada ekosistem yang lebih saling berkaitan dan menyokong untuk memastikan kemampanan dan kejayaan jangka panjang perniagaan tempatan.

“Kami (SICC) berbangga kerana telah mencapai ulang tahun keempat kami, dan BIGSABAH Sale adalah perayaan kejayaan ini.

“Ia juga mencerminkan komitmen SICC untuk berkhidmat kepada masyarakat dan menggalakkan pertumbuhan perniagaan tempatan di Sabah,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Isu Pelantikan TYT Sabah: KEADILAN Sabah seru hormati perlembagaan, henti sebar...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular