HomeUtamaMUIS Halal Hab ambil maklumat lanjut, dakwaan peralatan bakeri mengandungi DNA khinzir

MUIS Halal Hab ambil maklumat lanjut, dakwaan peralatan bakeri mengandungi DNA khinzir

Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Tular di media sosial surat permohonan wajib sertu halal di salah sebuah premis bakeri terletak di pusat beli belah sekitar Kota Kinabalu semalam, yang didakwa peralatan bakeri digunakan mengandungi DNA khinzir.

Sehubungan dengan itu, menteri bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, pihaknya akan mendapatkan maklumat lanjut daripada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Halal Hab tentang perkara itu.

“Seperti biasa jika berlaku perkara ini kita akan ambil tindakan yang sepatutnya selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) kita termasuklah kita akan memberhentikan operasi premis berkenaan sementara itu kita akan memberikan kesedaran yang berterusan kepada masyarakat tentang perkara ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan BIMP-EAGA Cyber Security Summit 2023 di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Mohd Arifin berkata, setakat ini beliau belum menerima apa-apa maklumat mengenai perkara tersebut.

Menurutnya, perkara sama telah berlaku tahun lepas dan pihak MUIS Halal Hab sudahpun mengambil tindakan mengenai perkara berkenaan.

“Sebelum ini pun ada berlaku perkara seperti ini pada tahun lepas dan pihak kita sudah ambil tindakan dan mereka sudah memperbaiki perkara berkenaan.

“Berikutan dengan perkara itu, setelah kita benar-benar pasti supaya tidak berlaku lagi barulah kita beri peluang mereka beroperasi dengan logo halal tetapi mereka akan terus kita pantau.

“Sekiranya kita dapati mereka mempunyai logo halal dan ini termasuk menyalahgunakan tanda halal di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, kita akan teliti dan bagi kesedaran atau sebagainya tapi agak tegas jugalah,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Hentikan fitnah, Musa Aman pilihan tepat sebagai TYT Sabah – Yahya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular