HomeUtamaTuntutan faedah pencen ilat, penakat PERKESO menurun di pedalaman bawah

Tuntutan faedah pencen ilat, penakat PERKESO menurun di pedalaman bawah

Read Time:1 Minute, 31 Second

Beaufort : Tuntutan faedah pencen ilat dan pencen penakat melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di kawasan pedalaman bawah menunjukkan penurunan pada tahun ini berbanding tahun lalu.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Ruslan Muharam berkata, tuntutan bagi faedah pencen ilat menurun 48 kes berbanding 58 kes tahun lalu.

“Manakala bagi faedah pencen penakat juga menunjukkan kadar penurunan 51 kes pada tahun ini berbanding 59 kes dan akhir sekali faedah pengurusan mayat menurun kepada 58 kes berbanding 63 kes pada tahun lalu.

“Secara keseluruhan jumlah bayaran faedah sehingga Oktober lalu adalah sebanyak RM453,620.78. Walaubagaimanapun masih ada ruang untuk mengurangkan jumlah kes pada setiap tahun jika kita sentiasa peka terhadap peraturan keselamatan di tempat kerja dan dijalan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Seranta 2023 peringkat pejabat PERKESO daerah Beaufort di sini hari ini.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, program seranta PERKESO merupakan satu program yang dilaksanakan oleh pihak PERKESO bertujuan untuk memberi pendedahan serta maklumat kepada majikan, pekerja dan masyarakat mengenai peranan PERKESO dan tanggungjawab majikan serta hak-hak pekerja di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969.

Katanya, program itu juga memberi kefahaman tentang pelaksanaan skim-skim yang ditawarkan oleh PERKESO dan pindaan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017, Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2018 dan Akta Keselamatan Sosial Suri  Rumah 2022 kepada kumpulan sasaran.

“Ini termasuklah majikan yang mempunyai rekod kemalangan tertinggi, majikan baru berdaftar, majikan yang telah dikenakan kompaun, dan sektor-sektor kerajaan yang menggaji pekerja sementara dan kontrak, orang yang bekerja sendiri dan suri rumah.

“Dengan adanya program seumpama ini, saya berharap para majikan dan pihak PERKESO dapat mewujudkan hubungan yang baik dalam menjalani tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan pekerja dibawah seliaan tuan-tuan dan saling kenal- mengenali serta mengetahui fungsi dan peranan PERKESO,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan negeri memperuntukan RM50.9 juta subsidi ICPT untuk pengguna elektrik Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular