HomeIsu tempatanUsaha cuba masukkan tilam ke dalam mesin pengering tidak masuk akal -...

Usaha cuba masukkan tilam ke dalam mesin pengering tidak masuk akal – netizen

Read Time:1 Minute, 24 Second

PERLIS: Tindakan dua individu yang cuba memuatkan dua tilam bersaiz ‘single’ ke dalam dua mesin pengering di salah sebuah kedai dobi layan diri yang videonya tular di media sosial semalam dilihat tidak masuk akal.

Kelakuan pasangan berkenaan yang tidak masuk akal yang turut disaksikan seorang wanita bukan sahaja mengundang pelbagai komen lucu namun pasangan berkenaan turut dikecam netizen menerusi hantaran beberapa laman facebook yang memuatnaik hantaran video berkenaan.

Video yang berdurasi 25 saat itu kelihatan si wanita menggaru kepala setelah melihat tilam yang dimasukkan tidak muat dan tidak dapat ditutup rapat.

“bengapnyeeee lahai..geram pulak aku nengok, jenis ni jenis selfish…

“Klu sis jd owner mesin basuh ni, sis luku kepala masing2 tau x mesin ni klu 1 rosak harga boleh tahan, elok masukkn je 2-2 tu dlm mesin, bru ada akai…

“Potong 2 dulu bru blh msuk😂😂…

Itu antara luahan netizen yang dikongsi di laman facebook yang geram melihat tindakan pasangan yang dipercayai suami isteri itu.

Bukan sahaja tindakan cuba memasukkan tilam berkenaan gagal kerana melebihi kapasiti mesin pengering berkenaan malah tindakan pasangan itu juga turut mengundang kerosakan pada mesin dan boleh mencetuskan kebakaran di premis berkenaan.

Sementara itu, pengendali kedai dobi berkenaan, Mr Chew ketika dihubungi Sabah Media hari ini berkata, kejadian itu berlaku di kedai dobi miliknya yang terletak di Perlis tetapi beliau tidak menyedari bila ianya berlaku.

“Sayapun tidak tahu bila ia berlaku tetapi hanya menyedari selepas video itu tular di media sosial dan kejadian itu berlaku di kedai dobi saya,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau menegaskan dan menasihati para pengguna agar tidak melakukan perkara serupa kerana ianya bukan sahaja boleh mencetuskan kerosakan malah kebakaran di premis berkenaan katanya

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Penduduk Pulau Omadal berterima kasih atas keprihatinan SESB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular