HomeIsu tempatanKPDN Sandakan sita produk sejuk beku dicampur produk tidak halal

KPDN Sandakan sita produk sejuk beku dicampur produk tidak halal

Read Time:1 Minute, 9 Second

Sandakan : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sandakan berjaya menyita sebanyak 864 kilogram produk sejuk beku di sebuah premis pengimport dan pemborong di sini hari ini.

Dalam operasi bersepadu yang dijalankan KPDN cawangan Sandakan bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah dan Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan jam 11 pagi tadi mendapati premis berkenaan telah menyimpan produk halal yang bercampur dengan produk tidak halal.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN cawangan Sandakan Azdy Zukkry John berkata, produk-produk berkenaan adalah terdiri daripada daging ayam, itik dan babi.

“Hasil maklumat yang diterima, kita telah mengaturgerak 11 pegawai terdiri daripada KPDN cawangan Sanakan dan beberapa agensi terlibat menjalankan operasi bersepadu Halal di sebuah premis pengimport dan pemborong produk sejuk beku di sini.

“Serbuan yang kita laksanakan mendapati premis terbabit ada menyimpan produk halal yang bercampur dengan produk tidak halal yang terdiri daripada daging ayam, itik dan babi. 

“Hasil pemeriksaan, sebanyak 864 kilogram produk berkenaan telah disita dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM17,302,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Azdy berkata, kes itu akan disiasat selanjutnya di bawah Perintah 3, Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011. 

Katanya, KPDN cawangan Sandakan akan terus menjalankan pemeriksaan dan pemantauan secara bersepadu ke atas premis-premis pengimport dan pemborong produk sejuk beku di Sandakan.

“Ini adalah bagi mempastikan pematuhan oleh peniaga di bawah Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dapat diikuti,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Yayasan Qhazanah Sabah ceriakan pesakit Hospital Sipitang menerusi sumbangan krismas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular