HomeIsu tempatan400 warga PDRM hadiri Program Bicara Madani

400 warga PDRM hadiri Program Bicara Madani

Read Time:1 Minute, 15 Second

Kota Kinabalu : Seramai 400 warga Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menghadiri Program Bicara Madani : Memperkasa Perpaduan Ummah di sini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd Arifin Arif menyifatkan penganjuran program seumpama sangat baik terutama apabila mengupas topik yang berkaitan Malaysia Madani dalam konteks perkhidmatan sebagai penjawat awam.

“Kupasan berhubung konsep dan dasar Malaysia Madani ini sangat penting terutamanya berkaitan ilmu pengetahuan, moral dan agama di samping pembangunan lahiriah.

“Keseimbangan pembangunan inilah yang akan melahirkan tamadun dan peradaban yang seimbang rohani dan jasmani dan ia juga turut berhubung kait dengan perkhidmatan awam khususnya PDRM dalam bidang integriti dan kefahaman mengenai konsep dan dasar Malaysia Madani.

“Syabas kepada PDRM atas inisiatif ke arah mendokong usaha yang digagaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan diharap juga program seumpama ini akan dapat disebar luas ke daerah-daerah lain,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian Penutupan Bicara Madani : Memperkasa Perpaduan Ummah di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Kota Kinabalu, di sini semalam.

Antara pengisian program kerjasama pihak Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sabah dan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah berkenaan ialah forum bertajuk “Memperkasa Perpaduan Ummah”.

Forum berkenaan menampilkan Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Bungsu Aziz Jaafar dan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (KJPJKK) PDRM, ACP Abdul Rahman Kassim sebagai panel manakala Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Sabah (YADIM),Ramlee Daud bertindak sebagai moderator forum.

Hadir sama, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Shahurinain Jais, Pengarah JAKIM Sabah, Datuk Norjeli Dais.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular