HomeSukanPiala AFC : Sabah FC tidak ambil mudah kehadiran Hai Phong di...

Piala AFC : Sabah FC tidak ambil mudah kehadiran Hai Phong di Likas

Read Time:1 Minute, 36 Second

Kota Kinabalu : Sabah FC tidak akan mengambil mudah kehadiran pasukan Hai Phong FC dari Vietnam dalam aksi kedua Kumpulan H, Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Likas malam esok.

Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata, beliau percaya corak permainan pasukan itu tidak berubah meskipun dikatakan beberapa tonggak utama dijangka tidak akan diturunkan pada perlawanan esok.

“Bagi saya ia bukan satu alasan di mana saya percaya mereka adalah satu pasukan yang telah bermain begitu lama dan mereka membuktikan apabila tewas kepada Hougang di Singapura tetapi kembali dengan lebih positif di Vietnam.

“Saya percaya corak permainan mereka tidak berubah di mana mereka mempunyai pemain import yang boleh dikeluar ganti bila-bila masa, jadi kita harus berwaspada dengan pemain yang diturunkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Piala AFC 2023 bagi perlawanan kedua Kumpulan H, Sabah FC menentang Hai Phong FC, di sini, hari ini.

Kedua-dua pasukan ketika ini berkongsi enam mata selepas tiga perlawanan pusingan pertama dengan Hai Phong sebagai pendahulu pasukan, manakala Sabah FC di tangga kedua.

Kim Swee turut berharap kelebihan bermain di laman sendiri malam esok mampu melakar kemenangan selepas tewas 2-3 di Vietnam dalam aksi pertama pada 25 Oktober lalu.

Katanya, beliau percaya perlawanan di gelanggang sendiri memberi kelebihan kepada anak buahnya untuk bermain dengan lebih yakin berbanding ketika bertandang ke gelanggang lawan sebelum ini.

Menurutnya, selepas tewas dalam perlawanan sebelum ini, pihaknya membuat analisa untuk mengenal pasti kelemahan dan memperbaikinya apabila bermain di Likas.

“Kita menganalisa perlawanan dengan Hai Phong, di mana apabila kita tewas di sana (Veitnam) sebelum ini, sudah sudah tentu ada banyak kelemahan yang perlu kita perbaiki.

“Sudah tentu juga Hai Phong mempunyai kelebihan tersendiri tetapi dalam masa sama kita tidak perlu terlalu gusar di mana kita bermain di Likas dan saya percaya bermain di tempat sendiri akan memberi kelebihan, tapi kita tidak boleh mengambil mudah,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah FC perlu penyerang baharu, atasi bahagian serangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular