HomeUtamaMOSTI hasrat jalin kerjasama dengan JPS, bantu dalam penyelidikan varieti padi baharu

MOSTI hasrat jalin kerjasama dengan JPS, bantu dalam penyelidikan varieti padi baharu

Read Time:1 Minute, 28 Second

Kuala Lumpur : Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) berhasrat untuk menjalin kolaborasi bersama Jabatan Pertanian Sabah (JPS) khususnya dalam penyelidikan varieti padi baharu untuk rakyat di negeri itu.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, varieti padi baharu yang diperkenalkan MOSTI melalui Agensi Nuklear Malaysia iaitu NMR152 telah berjaya dihasilkan dan mendapat kelulusan jawatan kuasa teknikal benih padi yang sah pada Januari 2021.

Katanya, pada ketika ini, Nuklear Malaysia dalam usaha untuk membawa dan mengkomersialkan benih padi NMR152 ke negeri Sabah untuk mempelbagaikan benih padi sedia ada bagi memberi lebih pilihan kepada pesawah.

“Namun cabarannya ialah, varieti ini perlu diperakukan oleh Jabatan Pertanian Sabah. Maka kita tidak dibenarkan untuk membawa varieti tersebut untuk digunakan di bumi Sabah.

“Oleh itu, MOSTI mencadangkan untuk berkolaborasi dengan Jabatan Pertanian Sabah dalam penyelidikan varieti baharu diadakan di Sabah bagi meningkatkan hasil tanaman padi tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Tenom Riduan Rubin di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Riduan sebelum itu bertanya soalan sejauh mana pelaksanaan padi NMR152 yang dikeluarkan oleh Jabatan Nuklear Malaysia dapat meningkatkan pengeluaran hasil padi di Sabah bagi merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadikan Sabah sebagai jelapang padi kedua menjelang tahun 2030.

Arthur berkata, hasil kajian di pelbagai lokasi di Semenanjung terbukti menunjukkan purata hasil padi boleh ditingkatkan dari 20 peratus hingga 60 peratus bergantung kepada lokasi, pengkelasan tanah dan juga kaedah pengurusan sawah yang baik.

Katanya, ini adalah kerana varieti baharu ini mampu bertahan dalam keadaan cuaca yang tidak menentu dan hidup di sawah yang kekurangan bekalan air.

“Kajian juga mendapati penggunaan benih padi ini mampu mengurangkan input pertanian seperti baja diantara  30 peratus hingga 50 peratus. Justeru itu, perkara ini boleh mengurangkan kos pengurusan sawah oleh petani,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular