HomeUtamaKomuniti maritim diingatkan untuk sentiasa peka dengan keselamatan di laut

Komuniti maritim diingatkan untuk sentiasa peka dengan keselamatan di laut

Read Time:1 Minute, 12 Second

Kota Kinabalu : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengingatkan komuniti maritim khususnya di negeri ini untuk sentiasa peka dengan tahap keselamatan semasa melakukan sebarang aktiviti di laut.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik berkata, keadaan cuaca buruk yang berlaku di seluruh negara khususnya di Sabah boleh mendatangkan insiden-insiden yang tidak diingini sekiranya lalai dengan tahap keselamatan diri.

“Komuniti maritim juga diingatkan untuk sentiasa memakai jaket keselamatan, memiliki dan membawa peranti pengesan kedudukan seperti Personal Locator Beacon (PLB) serta memaklumkan lokasi dan tujuan ke laut kepada ahli keluarga atau sahabat handai.

“Aspek keselamatan bot atau vesel juga harus dititikberatkan bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Engku Suhaimi berkata, pihaknya turut menyeru kepada komuniti maritim untuk terus meningkatkan keselamatan ketika melakukan aktiviti di laut.

Katanya, komuniti maritim juga boleh melaporkan sebarang kejadian kecemasan di laut menggunakan talian 999 (MERS) dan 088-387774 (Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan).

 Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ini telah mengeluarkan amaran cuaca dimana musim tengkujuh di Malaysia dijangka akan bermula Sabtu ini dan berterusan sehingga Mac 2024.

Selain itu, tiupan angin timur laut secara berterusan dan kencang boleh menyebabkan laut bergelora, risiko kenaikan paras laut dan ombak besar di perairan Laut China Selatan yang membahayakan kepada bot-bot kecil, rekreasi laut, sukan laut dan aktiviti lain. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
SPRM Sabah tahan reman dua beranak disyaki terlibat sindiket pengeluaran pas lawatan IMM 13 di Sandakan.
Utama

Sindiket pengeluaran pas lawatan IMM 13, dua beranak ditahan reman

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular