HomeIsu tempatanPKK rai pelajar, kakitangan sumbang kejayaan dalam pelbagai peringkat

PKK rai pelajar, kakitangan sumbang kejayaan dalam pelbagai peringkat

Read Time:53 Second

Kota Kinabalu : Politeknik Kota Kinabalu (PKK) meraikan pelajar dan kakitangan yang telah menyumbang kepada kejayaan dalam semua peringkat.

Pengarah PKK Dullah Muluk berkata, objektif majlis apresiasi yang diadakan itu adalah bagi menghargai pencapaian cemerlang pelajar dan kakitangan sepanjang tahun 2023. 

“Majlis ini adalah platform untuk menghargai pelajar dan kakitangan yang telah mencapai kejayaan melalui pelbagai bidang antaranya sukan, akademik, inovasi dan kokurikulum.

“Inisiatif, kesungguhan, komitmen dan semangat kerja berpasukan yang tinggi telah menuai pelbagai kejayaan yang membawa PKK di tahapnya yang tersendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis apresiasi di Dewan Rafflesia PKK di sini.

Bagi seorang pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik yang menerima anugerah, Lee Zi Ling mengakui bahawa anugerah yang diterima memberinya semangat untuk lebih gigih berusaha.

“Terima kasih atas anugerah yang diberikan ini. Dengan anugerah ini, saya lebih bersemangat untuk mengekalkan momentum bagi mendapatkan keputusan cemerlang,” katanya.

Selain itu, Penolong Jurutera, Marnie Norhasim berkata anugerah ini adalah hasil kerjasama tinggi yang diberikan oleh rakan sekerja. 

“Komitmen dan kerjasama tinggi dalam kumpulan telah menghasilkan anugerah yang saya terima pada hari ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular