HomeUtama22 PMR Parlimen Sepanggar telah siap dan digunakan rakyat - Mustapha

22 PMR Parlimen Sepanggar telah siap dan digunakan rakyat – Mustapha

Read Time:1 Minute, 15 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak 22 daripada 30 Projek Mesra Rakyat (PMR) Parlimen Sepanggar telah dinikmati rakyat di kawasan berkenaan manakala lapan projek lagi dijangka siap hujung tahun ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mustapha Sakmud berkata, lapan projek yang sedang berjalan antaranya menaik taraf jalan gravel ke jalan konkrit di Kg Sinulihan Inanam, Kg Kepayan Tengah Mansiang, Kg Lobou Satu dan Kg Pinahawon dari low level crossing ke Kg Ruminding.

“Pembinaan parit berukuran 70 meter (2m x 3m) di Kg Gudon juga sedang berjalan di samping penyelenggaraan titian kayu utama untuk pejalan kaki di Kg Rampayan Laut dan Kg Kalansanan serta pulih tandas dan naik taraf Masjid Jamek Likas,” katanya semasa Sesi Town Hall Parlimen Sepanggar Siri 3 di Dewan Masyarakat Manggatal.

Beliau memberitahu projek-projek yang telah berjaya disiapkan antaranya penyelenggaraan balai raya Kg Bangka-Bangka Kingfisher serta pembinaan baharu rumah sampah di Taman Sepanggar dan Kg Darau.

“Turut dibina adalah pondok rehat dan dua buah tandas di Tanah Perkuburan Orang Kristian Kg Kiang Lama dan Kg Tiku Ruminding,”katanya.

Di samping itu, Mustapha turut menggalakkan belia Sepanggar menyambung pengajian dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang telah disediakan oleh kerajaan melalui UP TVET di laman web https:// mohon.tvet.gov.my/.

“TVET diberi perhatian utama kerana mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran kerja dan memastikan belia mendapat pekerjaan dengan gaji setimpal adalah salah satu agenda utama kerajaan,” katanya.

Hadir sama, Pembantu Menteri Pertanian Perikanan dan Industri Makanan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Inanam, Peto Galim.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular