HomeSukan31 pasukan IPT, sekolah menengah sertai 'Varsity Chess Championship' esok

31 pasukan IPT, sekolah menengah sertai ‘Varsity Chess Championship’ esok

Read Time:1 Minute, 8 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak 31 pasukan melibatkan Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan sekolah menengah akan menyertai kejohanan Varsity Chess 2023.

Kejohanan yang melibatkan 12 IPT dan 19 sekolah menengah itu akan berlangsung esok di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan terbahagi kepada tiga kategori iaitu lelaki IPT; wanita IPT dan sekolah menengah bawah 17 tahun.

Pengarah Pusat Sukan UMS Ahmadi Nurdin berkata, program itu adalah selaras dengan matlamat Dasar Pembangunan Sukan IPT yang mahu menjadikan IPT sebagai pemangkin kepada kecemerkangan sukan negara.

Katanya, program itu juga mampu mewujudkan budaya bersukan di IPT kea rah memperkasakan modal insan yang seimbang dan berkualiti dari segi akademik dan sukan.

“Kita menjangkakan seramai 141 atlet dan pegawai akan hadir pada kejohnan ini yang akan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu lelaki dan wanita IPT dan kategori sekolah menengah bawah umur 17 tahun yang akan menggunakan sistem permainan ‘swiss tujuh pusingan’.

“Kejohanan ini juga diharap mampu mencungkil bakat-bakat baharu dari IPT seluruh Malaysia dan bakat pelapis dari Sabah disamping melahirkan pemain catur masa hadapan yang bertaraf dunia yang layak bersaing di peringkat ‘Grand Master’,” katanya.

Kejohanan sehari itu dianjurkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Malaysia dibawah Seksyen Sukan.

Kejohanan itu juga turut menawarkan menawarkan hadiah wang tunai terkumpul RM3,000 dan medal.

Majlis perasmian kejohanan akan disempurnakan Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik KPT  Malaysia Dato’ Dr. Pekan Ramli. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah luluskan peruntukan RM12.24 juta naik taraf kemudahan Stadium Likas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular