HomeUtamaProgram Be Green terap kesedaran pengurusan sisa secara lestari - ...

Program Be Green terap kesedaran pengurusan sisa secara lestari – PETRONAS

Read Time:1 Minute, 34 Second

SIPITANG: PETRONAS Chemicals Group Berhad terus komited dalam meningkatkan kesedaran terhadap penggunaan plastik secara bertanggungjawab melalui program Be Green yang berkonsepkan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) dalam menyumbang kepada peralihan global ke arah ekonomi sirkular.

Syarikat tersebut, melalui anak syarikatnya PETRONAS Chemicals Fertiliser Sabah Sdn Bhd, telah
melaksanakan program Be Green selama lapan minggu dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Sipitang dan Majlis Daerah Sipitang melibatkan kesemua empat sekolah menengah di daerah ini terdiri daripada SMK Sindumin, SMK Padang Berampah, SMK Pengiran Omar, dan SMK Pengiran Omar II.

Antara aktiviti utama program ini adalah ceramah dan modul pendidikan pengurusan sisa secara
bertanggungjawab, serta pertandingan pengumpulan sisa di sekolah dan aktiviti pembersihan Pantai Merintaman.

SMK Pengiran Omar telah dipilih sebagai juara Program Be Green bagi pertandingan pengumpulan sisa dan telah memenangi hadiah utama berupa lawatan ke Petrosains PlaySmart, Kota Kinabalu dan demonstrasi oleh Petrosains di sekolah pemenang.

“Kami berharap program Be Green ini dapat melahirkan lebih ramai pelajar yang peka terhadap kepentingan pengurusan sisa buangan yang boleh dikitar semula di sekolah mahupun di rumah,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Chemicals Fertiliser Sabah, Abdullah Side semasa program penutupan pada 7 November 2023.

Sejumlah 9,827 kg sisa yang boleh dikitar semula telah berjaya dikumpul sepanjang program itu.

Program Be Green di bawah PETRONAS Chemicals Group telah dimulakan sejak tahun 2013 dan bertujuan untuk memberikan kesan positif terhadap masyarakat melalui pendidikan dan kolaborasi aktiviti kitar semula, sekali gus memacu aspirasi syarikat tersebut ke arah merealisasikan agenda Ekonomi Plastik Baharu.

Program ini menggalakkan pengurusan sisa secara bertanggungjawab serta amalan 3R dengan melibatkan penyertaan daripada sekolah dan komuniti tempatan di sekitar kawasan operasi PETRONAS Chemicals Group dan bertujuan untuk menyokong usaha-usaha aktiviti impak sosial terhadap alam sekitar (Planting Tomorrow) di bawah PETRONAS.

Turut diadakan pada hari penutupan program tersebut adalah talkimat kerjaya serta ceramah untuk memberi pendedahan kepada guru dan pelajar terhadap langkah langkah pengendalian bahan kima yang betul di makmal sekolah.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular