HomeUtamaKepelbagaian modal insan lonjak pertumbuhan ekonomi negeri

Kepelbagaian modal insan lonjak pertumbuhan ekonomi negeri

Read Time:1 Minute, 18 Second

Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk menyediakan kepelbagaian modal insan negeri ini untuk melonjakkan lagi pertumbuhan ekonomi sejajar dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pembangunan modal insan amat penting untuk pertumbuhan dan pembangunan lestari negeri ini yang akan menyumbang kepada kemajuan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan penduduk.

Katanya, ia juga akan menggalakkan keterangkuman sosial, serta meletakkan negeri ini lebih kompetitif di peringkat global.

“Sehubungan itu, Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) memainkan peranan yang penting dalam usaha membangunkan modal insan yang diperlukan untuk pembangunan ekonomi negeri.

“TVET kini bukan sekadar melengkapi individu dengan kemahiran tetapi juga sinonim dengan pemerkasaan, peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi, selain memupuk inovator, usahawan dan pekerja mahir yang akan mendorong kemajuan negeri Sabah”, katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Bantuan BIZRIDER Mobile Mechanic Programme dan Sijil Kolaborasi diantara Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA), Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Sabah di Dewan Rafflesia, Politeknik Kota Kinabalu di sini hari ini.

Hajiji yang juga Pengerusi SEDIA berkata, Kerajaan Negeri menyokong sepenuhnya inisiatif yang memberi peluang kepada belia Sabah meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan TVET.

“Program TVET amat relevan dalam usaha Sabah untuk terus membangunkan sektor ekonominya yang disokong Pelan Pembangunan Hala Tuju SMJ. Ia juga menyediakan graduan untuk menjadi tenaga kerja mahir dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

“Sabah yang mempunyai sumber asli, minyak dan gas, pertanian dan sektor pelaburan mahu memajukan sektor pembuatan selaras dengan usaha Kerajaan yang menggariskan pelbagai inisiatif bagi memastikan pertumbuhan ekonomi dapat dipertingkatkan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

UMS utamakan kebajikan pelajar, sedia bantu Crisnanalina daftar pengajian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular