HomeIsu tempatanLebih 800 pengunjung meriahkan Program Semarak ESSCOM di Semporna

Lebih 800 pengunjung meriahkan Program Semarak ESSCOM di Semporna

Read Time:1 Minute, 49 Second

Semporna : Lebih 800 pengunjung sekitar Pulau Bum Bum dan daerah berhampiran hadir memeriahkan Program Semarak Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) 2023 @ Semporna di sini semalam.

Program kemasyarakatan di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone) anjuran ESSCOM itu dirasmikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd. Arif.

ESSCOM dalam satu kenyataan berkata, program turun padang itu juga bertujuan untuk mengukuhkan lagi kesedaran keselamatan dan tahap patriotisme masyarakat selaras dengan moto ‘Bersama-sama Menjana Kesejahteraan’.

Hadir sama pada majlis itu Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM, Datuk Dr. Jamaluddin Mohd. Ali dan Timbalan Komander Eastern Command, Brigadier Jeneral Roslan bin Mat Saad.

Pemilihan Pulau Bum Bum sebagai lokasi program adalah berikutan lokasi itu terletak berhampiran dengan sempadan negara dan memiliki potensi tinggi untuk berlakunya jenayah rentas sempadan oleh anasir asing.

Istimewanya program kali ini, ianya turut mendapat kerjasama Pejabat Daerah Semporna dan Pejabat Pendidikan Daerah Semporna selain turut berkolaborasi dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dengan membawa Jualan Agro Madani secara eksklusif khusus untuk warga Pulau Bum Bum dan kawasan setempat.

Antara aktiviti yang diadakan berkonsepkan mini karnival itu ialah taklimat keselamatan dan majlis dialog oleh Bahagian Perisikan ESSCOM ceramah berkenaan jenayah komersil oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM),  demonstrasi memadam kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, saringan kesihatan oleh Pejabat Kesihatan Semporna serta derma darah dan pendaftaran derma organ oleh Hospital Daerah Semporna.

Dalam program itu juga turut disampaikan Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti (GPPK) oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) kepada lima buah persatuan bernilai RM10,000 bagi memupuk nilai kesukarelawan dalam memperkasa keselamatan komuniti.

Selain itu, turut diadakan penyampaian Bantuan-bantuan Pendidikan antaranya Bantuan Khas Pendidikan (BANTU) kepada Kelab Kebajikan dan Rekreasi ESSCOM, Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH) dan Bantuan Aktiviti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah di Negeri Sabah (BAGUS) daripada Kerajaan Negeri Sabah melalui Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan (Tugas-Tugas Khas); Bantuan Panitia Pendidikan Islam oleh Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS); Bantuan Panitia Pendidikan Islam kepada SK. Balimbang, Pulau Bum Bum; Sumbangan Khas Pengurusan dan Pengimarahan Masjid oleh Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah.

Sejurus majlis itu, Arifin turut berkesempatan menyantuni petugas keselamatan di Pos Batalion 14 PGA Tawau dan warga kampung di Pulau Mabul. – SABAH MEDIA / FOTO ESSCOM

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Ambuyat berpotensi untuk dikomersialkan ke peringkat lebih tinggi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular