HomeUtamaPKD Mobile berupaya jadi platform bantu usahawan luar bandar pasarkan produk dalam...

PKD Mobile berupaya jadi platform bantu usahawan luar bandar pasarkan produk dalam talian

Read Time:1 Minute, 54 Second

Nabawan : Program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile diharap dapat berfungsi sebagai satu kaedah untuk para usahawan luar bandar memasarkan produk-produk melalui platform dalam talian.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, usahawan luar bandar khususnya di negeri ini sememangnya mempunyai produk-produk yang berpotensi untuk dipasarkan ke peringkat lebih luas.

“Sebagai Ahli Parlimen Pensiangan, saya meletakkan prospek pembangunan ekonomi yang memberi manfaat untuk masyarakat sebagai salah satu asas dalam saya merangka perancangan pembangunan di kawasan ini.

“Kedudukan daerah Nabawan yang strategik, secara tidak langsung mewujudkan potensi ekonomi yang luas termasuklah dalam bidang pertanian serta keusahawanan yang dapat kita bangunkan bersama di masa akan datang.

“Saya difahamkan bahawa di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) mempunyai platform Desamall yang dapat membantu usahawan-usahawan memasarkan produk-produk mereka secara dalam talian.

“Platform ini akan dapat melahirkan usahawan tempatan dan secara tidak langsung mengurangkan penghijrahan anak muda ke bandar dan sekaligus meningkatkan potensi kitaran ekonomi tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program PKD Moblie peringkat daerah Nabawan di Pentas Terbuka Nabawan di sini hari ini.

Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, beliau turut bertekad untuk menjadikan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) sebagai salah satu topik yang menarik untuk setiap individu tanpa mengira usia. 

Katanya, bidang STI adalah amat luas dan mempunyai potensi yang sangat besar dalam menawarkan penyelesaian terbaik bagi memudahkan urusan seharian di samping mewujudkan potensi ekonomi yang lumayan.

“Sehubungan itu, pembangunan bakat dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) secara bersepadu adalah sangat penting dan perlu diberikan tumpuan sewajarnya untuk memacu ekonomi, inovasi, produktiviti dan kemajuan negara dalam jangka panjang.

Kebudayaan pelancongan sabah adat

“Tidak dinafikan, usaha tersebut memerlukan kerjasama erat daripada semua pihak termasuklah KKDW. Suka untuk saya kongsikan di sini, di Parlimen Pensiangan saya telah mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan Program Inovasi Pendidik 2023 melibatkan kerjasama Pusat Sains Negara dan  Jabatan KEMAS Daerah Nabawan.

“Melalui kerjasama ini, seramai 40 pendidik di Tabika KEMAS di daerah Nabawan, Keningau dan Tenom STI telah menjalani Bengkel Perkongsian Modul Aktiviti Sains kanak-kanak Tadika bagi Meningkatkan usaha menarik minat murid dalam pembelajaran STEM,” katanya.

Beliau percaya usaha seperti ini akan dapat diperkukuhkan bagi mencetus minat generasi muda terhadap bidang STI seterusnya melahirkan pelapis negara yang mahir dalam bidang STI. – SABAH MEDIA / FOTO KKDW

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular