HomeUtamaTabung Haji Negeri Sabah anjur program hargai sumbangan pengamal media

Tabung Haji Negeri Sabah anjur program hargai sumbangan pengamal media

Read Time:58 Second

KOTA KINABALU: Lebih 50 orang pengamal media Sabah hadir memeriahkan perlawanan Boling Persahabatan Media 2023 anjuran Tabung Haji Negeri Sabah di Marina Golf Club di sini, hari ini.

Program ini adalah bertujuan menghargai peranan dan sumbangan pengamal media dalam membantu membuat liputan mengenai peranan Tabung Haji di negeri ini.

Hadir sama Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Lembaga Tabung Haji, Ahmad Shahriman Johari, Pengarah Lembaga Tabung Haji Wilayah Sabah dan Sarawak, Datuk Nurlaila Said, Yang Di Pertua pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Datuk Sapawi Ahmad , Pengarah Lembaga Tabung Haji Negeri Sabah, Yusdi Nasip dan President Persatuan Tadika Islamic Swasta Sabah (PERTIS), Farizah Jimy.

Pada program sama, turut disampaikan bantuan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terpilih.

Antaranya RTM Sabah menerima sumbangan berjumlah RM38,000 bagi menjayakan Program Jejak Masyarakat Keningau FM, PERTIS RM40,000 bagi menjayakan Program Pertis Bersama Asnaf manakala USIA menerima sebanyak RM85,600 untuk menjayakan Program Sentuhan Kasih.

Jumlah keseluruhan bantuan CSR diberikan kepada agensi dan NGO Negeri Sabah pada hari ini adalah sebanyak RM164,400.

Seterusnya majlis makan tengah hari bersama media dan program diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang perlawanan boling persahabatan.

RELATED ARTICLES
Utama

Pelbagai inisiatif pembangunan dilaksanakan melalui Hala Tuju SMJ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular