HomeUtamaAPM tingkat kesiapsiagaan hadapi MTL, tambah kekuatan pegawai dan anggota

APM tingkat kesiapsiagaan hadapi MTL, tambah kekuatan pegawai dan anggota

Read Time:2 Minute, 4 Second

Kota Kinabalu : Angkatan Pertahanan Awam (APM) telah meningkatkan kesiapsiagaan bagi menghadapi risiko bencana sepanjang fasa Monsun Timur Laut (MTL) dengan kekuatan pegawai dan anggota seluruh Malaysia seramai 14,840 orang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah,Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kekuatan anggota itu adalah melibatkan seramai 1,203 pegawai dan 13,637 anggota.

Katanya, bagi kesiapsiagaan jentera operasi APM pula, kekuatan aset air adalah sebanyak 991 buah bot dan 675 aset darat. 

“Bersesuaian dengan memperkasa kerjasama strategik dengan pelbagai pihak, hari ini APM secara rasmi memeterai Nota Hasrat melibatkan sembilan buah agensi dan badan dalam menggerakkan agenda kesiapsiagaan awam dan memperkukuh pengurusan bencana.

“Antara agensi organisasi yang terlibat adalah Jabatan Alam Sekitar (JAS); Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM); Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS); Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN); Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

“Agensi lain termasuklah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (KBS); Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM)  dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Armizan berkata, selain itu pihaknya turut melaksanakan penyerahan rasmi pertambahan aset untuk memperkasa peranan APM di seluruh peringkat. 

Katanya, aset-aset yang telah diluluskan melalui peruntukan tahun ini adalah aset yang meliputi 100 buah Ambulans ; 46 buah pacuan empat roda jenis Hilux; dua buah Skylift dan 225 buah motorsikal.

“Selain itu, aset yang diluluskan adalah lima buah Coaster; tujuh buah van dan enam buah enjin bot 250 kuasa kuda,” katanya.

Dalam MTL 2022/2023 terdapat empat negeri yang mengalami banjir besar serentak pada skala besar iaitu Johor, Terengganu ,Kelantan dan Pahang. 

Bagi meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi risiko bencana MTL kali ini di negeri-negeri berkenaan, Armizan berkata, APM telah menyediakan Pasukan Respon Bencana Sokongan (PARAS) dari negeri-negeri sekitar yang bersedia untuk digerakkan sebagai pasukan tindakan balas (responder) merentas negeri dan daerah pada bila-bila masa diperlukan.  

Katanya, bagi negeri Kelantan, pasukan PARAS yang akan membantu adalah daripada negeri Perlis, Perak dan Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Utara (PULAPAU). 

“Bagi negeri Terengganu, pasukan PARAS yang akan membantu adalah daripada Selangor dan Wilayah Persekutuan. 

“Bagi negeri Pahang, pasukan PARAS yang akan membantu adalah daripada Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Timur (PULAPAT) dan Negeri 

Sembilan manakala Johor pula akan dibantu pasukan PARAS Melaka dan Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (PULAPAS),” katanya.

Beliau berkata, pnubuhan PARAS merupakan antara strategi penambahbaikan dalam meningkatkan kesiapsiagaan bencana di seluruh negara. – SABAH MEDIA / FOTO FB MENTERI

RELATED ARTICLES
Utama

Hentikan fitnah, Musa Aman pilihan tepat sebagai TYT Sabah – Yahya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular