HomeIsu tempatanGagasan Rakyat Likas terbuka terima bekas pemimpin, ahli-ahli pembangkang

Gagasan Rakyat Likas terbuka terima bekas pemimpin, ahli-ahli pembangkang

Read Time:50 Second

KOTA KINABALU : Parti Gagasan Rakyat Sabah bahagian Likas terbuka untuk disertai bekas ahli daripada parti pembangkang termasuk pemimpinnya.

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Likas, Mohammad Bahrin Abd Karim berkata keahlian Gagasan Rakyat juga terbuka kepada bekas ahli pembangkang, selain individu lain yang berminat dengan perjuangan politik menerusi parti tempatan berkenaan.

“Mereka (bekas ahli pembangkang) dipelawa memohon untuk menjadi ahli Gagasan Rakyat. Kita sentiasa terbuka terutama kepada bekas ahli-ahli parti pembangkang untuk menyertai parti baharu (Gagasan Rakyat) ini.

Beliau berkata demikian selepas menerima 200 borang keahlian daripada parti pembangkang ke Gagasan Rakyat Likas di Kota Kinabalu hari ini.

Turut sama hadir sama Ketua Wanita Gagasan Rakyat Likas, Halizah Din.

Katanya, parti itu dijadikan landasan baharu untuk meneruskan perjuangan
Insya-Allah, kita akan menggerakkan dan meneruskan perjuangan kita melalui Gagasan Rakyat demi pembangunan rakyat serta negeri ini.

Pertemuan itu diketuai Datuk David Chong bersama-sama dengan James Yin Max Loo, Chong Ket Vui, Tsen Hen Phion, Alex Chee, Hiew Sui Chong, Chee Chok Kwok dan Mohd Yunus Zipli.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia tahan bot lakukan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular