HomeUtama89 penuntut terima bantuan awal pendidikan YBR

89 penuntut terima bantuan awal pendidikan YBR

Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pekan Inanam mengambil inisiatif menyediakan Bantuan Awal Pendidikan kepada 89 penuntut institusi pengajian tinggi.

Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang berkata, penyaluran bantuan bernilai keseluruhan kira-kira RM42,000 itu turut membabitkan pelajar tingkatan enam yang sudah dikenalpasti layak.

Katanya, usaha ini, salah satu strategi dalam membantu masyarakat terutama dalam bidang pendidikan bagi meningkatkan sosioekonomi rakyat terutama di Sabah.

“Selaku salah sebuah agensi dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop), usaha seperti ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial YBR.

“Usaha yang dilakukan bersama KRT Pekan Inanam hari ini adalah sokongan berterusan yang diberikan YBR dalam membantu anak-anak muda yang mempunyai masa depan cemerlang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penyampaian Bantuan Awal Pendidikan, di Inanam Mall, di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi KRT Pekan Inanam, Datuk Wong Thien Fook dan pengerusi pelaksana program, Lea Ajis.

Philip berkata, bantuan secara ‘On-Off’ bernilai RM500 dan RM300 itu diharap akan dapat memberi semangat kepada mereka untuk terus belajar dan mencapai kejayaan dalam pendidikan untuk masa depan yang cemerlang.

Sementara itu, Datuk Wong Thien Fook ketika ditemui berkata, beliau amat berterima kasih kepada YBR yang sudi bekerjasama menyalurkan bantuan berkenaan.

Katanya, walaupun jumlah bantuan yang diberikan tidaklah besar namun ia diharap dapat membantu ibu bapa dalam menyediakan keperluan pendidikan untuk anak-anak sebaiknya.

“Bantuan ini dilihat sebagai alternatif terbaik bagi mengurangi bebanan kos sara hidup keluarga yang kian meningkat akibat daripada ketidaktentuan ekonomi masa kini.

“Saya secara peribadi berharap, usaha ini dapat memberi sinar kegembiraan buat semua pelajar yang secara langsung akan membantu dalam pembangunan negara di masa akan datang.

Thien Fook berkata, ia pasti akan dapat membantu meringankan bebanan kewangan yang ditanggung keluarga terutamanya dalam kalangan B40.

RELATED ARTICLES
Utama

Pelbagai inisiatif pembangunan dilaksanakan melalui Hala Tuju SMJ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular