HomeIsu tempatanAlceson, Holyvera Juara Pertandingan Manangon

Alceson, Holyvera Juara Pertandingan Manangon

Read Time:1 Minute, 46 Second

KENINGAU: Pertandingan “Manangon” ataupun pertandingan bercerita, adalah merupakan salah satu acara baru yang dipertandingkan sempena The Crocker Range Festival Season 6 pada tahun ini, kata Pengerusi Persatuan Pelancongan Dan Kebudayaan Keningau, Rafie Robert.

“Selaku penganjur festival ini, saya beranggapan bahawa pentingnya kita memelihara suatu bahasa itu agar ianya terpelihara dan terus digunakan pakai sehingga generasi akan datang.

“Bahasa ibunda adalah merupakan satu khazanah yang cukup berharga
dan wajar dipertahankan untuk diwariskan kepada generasi akan datang, bak kata pepatah “Bahasa Menunjukkan Bangsa”, kata Rafie yang juga pengerusi penganjur festival tersebut dalam kenyataannya hari ini.

Menurutnya, antara objektif utama pertandingan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat kanak-kanak untuk bercerita dalan bahasa ibunda.

“Selain itu, kita juga dapat memupuk nilai untuk memahami serta mempelajari secara lebih dalam bahasa Kadazan Dusun di kalangan generasi baru.

“Objektif lain yang cuba diterapkan melalui penganjuran acara ini ialah untuk mempertahankan agar penggunaan bahasa ibunda sentiasa digunakan oleh generasi muda serta memelihara bahasa ibunda agar tidak hilang ditelan zaman.

“Bagi saya, ibubapa juga memainkan peranan yang sangat penting dalam menggalakkan penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa harian untuk berinteraksi dengan sesama ahli keluarga,” katanya.

Sehubungan dengan itu beliau turut berpuas hati pada penganjuran pertandingan ini kerana, walaupun julung kali diadakan, sambutan penyertaan daripada kumpulan sasar cukup memberangsangkan.

Seramai tujuh orang peserta bagi kategori tahap 1 dan lapan peserta bagi kategori tahap 2.

Pada pertandingan kali ini, Alceson Juni telah menjuarai kategori tahap 1 diikuti Izzarith Aafiya Md Yusri tempat kedua dan Hasybel Hendry tempat ketiga, manakala Holyvera Lasius pula telah menjuarai pertandingan ini bagi kategori tahap 2, diikuti Barinlinny Raju tempat kedua dan Jasper Vander Joanes tempat ketiga .

Hadiah-hadiah pemenang telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Daerah Keningau Mohd Azri Jaini Jeffrey.

Secara keseluruhannya, pertandingan ini telah disertai oleh seramai 15 orang peserta.

Pertandingan ini juga telah berlangsung pada 24 November bertempat di Padang Bandaran Keningau dan disempurnakan oleh Christina A. Kodou daripada KDCA Woman Council daerah Keningau.

Dalam pada itu Rafie berharap agar pertandingan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam apa jua program dan sentiasa mendapat sokongan daripada pelbagai pihak sama ada kerajaan mahupun badan bukan kerajaan (NGO).

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular