HomeUtamaMYStartup akan terus bantu 'Startup' di Sabah

MYStartup akan terus bantu ‘Startup’ di Sabah

Read Time:1 Minute, 46 Second

Kota Kinabalu : MYStartup akan terus memperkasakan startup di Sabah dan membantu semua pakar industri serta pengasas tempatan dalam mengatasi cabaran bagi meningkatkan modal, pembinaan bakat baharu selain kekangan infrastuktur.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, pihaknya yakin landskap startup di negeri ini akan terus berkembang,.

“Selain itu saya juga yakin ianya akan menjadi penggerak bagi pertumbuhan ekonomi dan kemajuan sosial negara.

“Di Kementerian saya, kami akan terus berusaha untuk memastikan Malaysia mampu mencapai potensi penuh dalam menjadi hab inovasi, sejajar dengan aspirasi Malaysia Madani,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas menghadiri MYStartup NXT iaitu sebuah siri persidangan mikro oleh MYStartup yang melabuhkan tirai bagi tahun 2023.

Ia merupakan persinggahan keempat di Kota Kinabalu Sabah selepas menjayakan beberapa siri dengan melibatkan startup di Cyberjaya, Kuching dan Pulau Pinang.

Program MYStartup NXT yang dijalankan oleh Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle), iaitu agensi focal point bagi startup Malaysia di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ini bertujuan untuk memupuk sebuah ekosistem negara yang inklusif, berkesan dan mampan.

Persinggahan di Kota Kinabalu yang dijalankan bersama Pusat Kreatif Ekonomi dan Inovasi Sabah (SCENIC) ini telah menarik lebih daripada 250 peserta dengan menawarkan sesi perkongsian mengenai pendanaan, pengesahan perniagaan, pemupukan bakat baharu dalam bidang teknologi serta rahsia kejayaan untuk menembusi pasaran global.

Selain daripada sesi yang menampilkan pemain ekosistem tempatan seperti SCENIC, SynxSoft, CoreHalal dan AgriData, program ini juga menawarkan peluang rangkaian serta sesi perkongsian khas, ‘What’s Up Grant’, mengenai geran yang ditawarkan oleh Cradle, iaitu CIP SPARK dan CIP SPRINT.

MYStartup NXT juga memberi peluang kepada pakar industri dan pengasas-pengasas tempatan untuk berkongsi perjalanan pernigaan mereka serta cara-cara untuk mengubah idea menjadi realiti.

Selain daripada MYStartup NXT, sebanyak 3,828 startup telah mendapat manfaat melalui program pembinaan kapasiti seperti program pemecut (accelerator), pra- pemecut (pre-accelerator) dan hackathon di bawah Cradle.

Tahun ini, empat graduan program pemecut terbaik telah mendapat akses eksklusif ke program akses pasaran MYStartup dan berjaya memperoleh pembiayaan sebanyak RM675,000.

Tambahan lagi, bilangan startup yang berdaftar di Sabah juga telah meningkat lebih daripada 40 peratus berbanding tahun lepas, dan ini menggambarkan pencapaian baik MYStartup di Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular