HomeSukanKerajaan persekutuan diminta pertimbangkan peruntukan secukupnya untuk pembangunan Belia dan Sukan di...

Kerajaan persekutuan diminta pertimbangkan peruntukan secukupnya untuk pembangunan Belia dan Sukan di Sabah, Sarawak – Ellron

Read Time:1 Minute, 50 Second

KOTA KINABALU: Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin (gambar) amat menyokong penuh permintaan Ahli Parlimen Keningau Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan supaya Sabah dan Sarawak diberi peruntukan secukupnya oleh kerajaan persekutuan untuk membolehkan kedua-dua negeri akan terus maju dalam pembangunan Belia dan Sukan.

“Difahamkan sebanyak RM112.29 Juta diperuntukkan bagi Pembangunan Belia dan Sukan dalam Belanjawan 2024 di peringkat jawatankuasa untuk Kementerian Belia dan Sukan.

“Permintaan ini telah disuarakan oleh Dr.Jeffry yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Sabah merangkap Menteri Perikanan, Pertanian dan Industri Makanan Sabah semasa mengulas bajet Kementerian Belia dan Sukan dalam sidang perbahasan di Palimen selasa lepas.

“Sebagai menteri di Kementerian Belia dan Sukan Sabah, saya menyokong penuh permintaan Dr. Jeffry agar Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Belia dan Sukan dapat memenuhi permintaan tersebut,” kata Ellron dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, sebagai rakan kongsi dalam Malaysia, Sabah dan Sarawak harus menerima agihan peruntukan yang adil dan saksama bagi membolehkan rakyat kedua-dua negeri dapat menikmati fasiliti sukan mahupun program-program yang melibatkan pembangunan prestasi atlet dan pembangunan modal insan belia.

“Justeru, dalam mengagihkan peruntukan tersebut, kerajaan persekutuan juga perlu mengambilkira saiz negeri dan bilangan penduduk di kedua-dua negeri,” katanya.

Ellron berkata, tidak dapat dinafikan bahawa Sabah dan Sarawak adalah antara negeri penyumbang atlet untuk mewakili negara ke sukan peringkat antarabangsa dan telah membantu mengharumkan nama Malaysia melalui pungutan pingat kemenangan. Walau bagaimanapun disebabkan ketiadaan dana yang mencukupi, atlet-atlet tidak berpeluang untuk menyerlahkan potensi diri di peringkat kebangsaan.

“Contohnya baru- baru ini pasukan bolasepak Sabah bawah 15 dan 18 tahun Majlis Sukan-Sukan Sabah (MSSS) hampir tidak dapat menyertai pertandingan bolasepak Majlis Sukan-Sukan Malaysia (MSSM) di Johor kerana tidak mampu membayar tiket kapal terbang dan penginapan. Walau bagaimanapun atas tanggungjawab supaya pasukan tersebut dapat bersaing maka kerajaan negeri Sabah telah menanggung sepenuhnya kos perbelanjaan mereka.

“Meskipun isu berkenaan sudah diselesaikan, kita tidak mahu “pisang berbuah dua kali” kita tidak mahu sekali lagi menghampakan harapan dan kerja keras anak-anak muda ini,” katanya.

Justeru itu, tambah beliau, pihak kerajaan negeri menerusi Kementerian Belia dan Sukan Sabah berharap agar pihak persekutuan memberikan tumpuan dan perhatian terhadap permintaan ini agar tidak merencatkan pembangunan bakat sukan anak-anak muda Sabah dan Sarawak.

RELATED ARTICLES
Utama

Crisnanalina mula daftar masuk ke UMS esok, bantuan kebajikan akan dijaga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular