HomeUtamaProjek peningkatan fizikal Menara Jam Atkinson, Australian Place siap dalam tempoh 18...

Projek peningkatan fizikal Menara Jam Atkinson, Australian Place siap dalam tempoh 18 bulan

Read Time:2 Minute, 13 Second

Kota Kinabalu : Projek peningkatan fizikal Menara Jam Atkinson dan Australian Place yang telah dimulakan kerja-kerja ditapak pembinaan sejak 1 September lalu dijangka siap dalam tempoh 18 bulan.

Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Junainah Abbie berkata, projek berkenaan telah diluluskan pada tahun 2009 dan kemudian diteliti semula pada tahun 2020 dan projek itu seterusnya diluluskan untuk pembinaan pada tahun 2021.

Katanya, objektif utama projek ini adalah untuk menaiktaraf kawasan persekitaran Menara Jam Atkinson dengan menyediakan kemudahan kepada pengunjung seperti ruang awam yang selamat dan selesa serta boleh dinikmati oleh semua golongan.

Menurutnya, ini termasuk Golongan Kelainan Upaya (OKU) dan juga membina tembok penahan yang kekal dan sistem perparitan yang teratur serta meningkatkan pencahayaan di kawasan tersebut.

“DBKK mengambil maklum isu tular di media sosial baru- baru ini oleh seorang individu yang membahas berkenaan kerja-kerja pembinaan di bukit berdekatan Menara Jam Atkinson dimana individu tersebut menyatakan bahawa tiada sebarang papan tanda berkaitan projek ini dan hanya kelihatan beberapa kontraktor sedang menjalankan kerja-kerja pemotongan bukit besar-besaran di kawasan berkenaan.

“DBKK ingin memaklumkan bahawa projek yang sedang dilaksanakan di kawasan berkenaan adalah Projek Peningkatan Fizikal Kawasan Menara Jam Atkinson dan Australian Place yang merupakan salah satu pakej Cadangan Menaiktaraf Kawasan Pusat Persekitaran Bandaraya Kota Kinabalu, di bawah Koridor Pembangunan Sabah dan dibiayai melalui peruntukan di bawah Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) di mana DBKK merupakan agensi pelaksana projek ini.

“Projek ini merangkumi tiga komponen iaitu pertama, menaiktaraf kawasan persekitaran Menara Jam Atkinson termasuk kerja-kerja landskap, pembaikan dan pembinaan tembok penahanan cerun serta penyediaan kemudahan asas seperti tandas awam,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Junainah berkata, projek itu juga tidak melibatkan kerja- kerja penambahan dan pengubahsuaian dilakukan ke atas struktur Menara Jam Atkinson sedia ada. 

Katanya, projek itu melibatkan pembinaan laluan pejalan kaki “boardwalk” dan “treetop walkway” yang menghubungkan kawasan Menara Jam Atkinson dan Menara Pemerhatian di Signal Hill. 

“Manakala ketiga adalah kerja-kerja pembaikan Menara Pemerhatian di Signal Hill. Semua kerja di tapak berkenaan adalah berdasarkan Pelan Pembangunan yang diluluskan dan dikawal selia oleh pasukan juruperunding yang dilantik,” katanya.

Dalam pada itu, Junainah berkata, pada ketika ini, kerja-kerja di tapak berkenaan adalah melibatkan kerja pembersihan yang minima dan penyediaan platform untuk membolehkan pembinaan laluan “boardwalk” yang baharu di kawasan belakang Balai Polis. 

Katanya, kerja-kerja pembaikan Menara Pemerhatian di Signal Hill pula telah hampir siap dan dijangka akan diserahkan secara berfasa kepada DBKK.

“Oleh itu, DBKK menasihatkan orang awam untuk tidak berkongsi sebarang pernyataan sekiranya tidak pasti dan boleh menyebabkan keadaan panik kepada masyarakat. Sebarang aduan dan pertanyaan boleh menghubungi Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK di talian 012 2220220 (WhatsApp),” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular