HomeIsu tempatanUMS dan TalentCorp Malaysia meterai MoU, tingkat kebolehpasaran graduan

UMS dan TalentCorp Malaysia meterai MoU, tingkat kebolehpasaran graduan

Read Time:1 Minute, 24 Second

Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah (UMS) komited dalam agenda pembangunan kerjaya dan keusahawanan pelajar. 

Terbaharu, UMS menerusi Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar (PKPKP) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama TalentCorp Malaysia sebagai salah satu inisiatif menyokong Pelan Strategik Kebolehpasarasan Graduan yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, kolaborasi antara PKPKP UMS bersama TalentCorp akan menyokong teras utama pelan berkenaan terutamanya dalam meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan, mengukuhkan pelaksaaan profiling kerjaya pelajar yang komprehensif dan memperkasakan jaringan antara universiti dan industri. 

“Menerusi kolaborasi ini, UMS menyediakan platform kepada TalentCorp Malaysia untuk menyumbangkan kepakaran dalam perundingan dan penyelesaian isu berkaitan pembangunan bakat. 

“Seperti yang kita sedia maklum, usaha mempersiap bakal graduan tidaklah boleh dilakukan oleh universiti sahaja. Ia harus melibatkan usaha kolektif bersama industri. 

Sejak PKPKP UMS ditubuhkan pada tahun 2018, beberapa program kolaborasi bersama TalentCorp giat dilaksanakan seperti penganjuran ‘Young Employable Students’ (YES), Finishing School, Career Talk Siries, Bengkel myNext, Karnival Kerjaya MyCareer Zon Borneo dan Kisah Siswa.

“Saya percaya usaha berterusan seperti inilah yang menjadi faktor menyumbang pencapaian kadar kebolehpasaran graduan UMS yang membanggakan.

“Justeru, diharapkan daripada pelaksanaan berterusan program seperti ini, aspek pembangunan kerjaya siswa dan siswi khususnya bakal graduan UMS dapat diperkasa dan sekali gus menyahut seruan untuk melahirkan generasi yang berkualiti dan future-proof,”  katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Profesor Madya Dr. Raman Noordin. 

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp, Thomas Mathew; Pengarah PKPKP UMS, Profesor Madya Dr. Soon Singh Bikar Singh dan Ketua Pegawai Pembangunan Modal Insan, Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA), Janet Lee Oi Chin.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular