HomeUtamaDatuk Didakwa Tipu Projek Pembalakan

Datuk Didakwa Tipu Projek Pembalakan

Read Time:1 Minute, 4 Second

JELI: Bekas calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang bertanding di atas tiket Parti WARISAN  hari ini didakwa di Mahkamah Majistret Jeli atas pertuduhan menipu seorang lelaki dalam urusan pembalakan tidak wujud sehingga mangsa kerugian RM171,500, dua tahun lalu.

Tertuduh, Datuk Azman Idris, 55, yang bertanding bagi kerusi Parlimen Kuala Pilah di dalam PRU yang lalu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad lapor Berita Harian .

Ahli perniagaan itu didakwa menipu Chin Yet Lun, 37, dengan memperdaya lelaki berkenaan dalam urusan pembalakan tidak wujud sehingga mangsa menyerahkan wang RM171,500 melalui transaksi ke dua akaun bank milik tertuduh.

Azman dituduh melakukan jenayah itu di Mukim Belimbing, Batu Melintang antara 27 September 2021 hingga 10 Disember 2021 dan didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dengan sebatan dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu ikat jamin dikurangkan atas alasan pendapatan tidak menentu dan perlu menanggung isteri serta empat anak.

Walaubagaimanapun, Hakim mengingatkan Azman bahawa kesalahan dituduh dilakukannya berat kerana kerugian besar dialami mangsa, kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah Khamis ini serta menetapkan 31 Disember depan untuk sebutan semula kes dan beliau kemudian membayar ikat jamin ditetapkan.

RELATED ARTICLES
Utama

Komuniti Madani diseru manfaatkan aplikasi ‘PriceCatcher’, ‘Speedtest’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular