HomeUtamaDUN Sabah : Pengambilan baharu penjawat awam Sabah, Persekutuan perlu disertai semua...

DUN Sabah : Pengambilan baharu penjawat awam Sabah, Persekutuan perlu disertai semua kaum

Read Time:1 Minute, 0 Second

Kota Kinabalu : Pengambilan baharu dalam perkhidmatan awam negeri termasuk persekutuan di Sabah perlu mencakupi penyertaan semua kaum dan agama.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian Datuk Ewon Benedick berkata, ini termasuklah dalam pengisian jawatan ketua-ketua jabatan dan kenaikan pangkat.

“Saya terkilan apabila membaca aduan terkait pengambilan baharu perjawatan awam di sebuah jabatan negeri yang tidak menggambarkan keberbilangan kaum dan agama di Sabah. 

“Untuk ini, saya cadangkan agar pengambilan baharu, kenaikan pangkat dan pengisian ketua jabatan negeri sekurang-kurangnya haruslah berasaskan kepada peratusan demografi kaum dan agama di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Belanjawan Sabah 2024 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Ewon berkata, menerusi cadangan itu, masyarakat di Sabah boleh memupuk semangat ‘mitatabang’ dan mencetuskan semangat Sabah Maju Jaya (SMJ) yang sebenar.

“Ia adalah sepertimana terserlah semasa kita menandatangan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) apabila pemimpin-pemimpin suku kaum utama di Sabah menurunkan tandatangan mereka mewakili team Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi turut menyambut baik pemberian bonus RM2,000 kepada penjawat awam negeri.

Katanya, ia merupakan komiten Kerajaan Sabah dalam menghargai peranan mereka dalam menjayakan agenda pembangunan negeri ini. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya