HomeUtamaDUN Sabah : KSTI laksana pelbagai program outreach berkaitan STEM

DUN Sabah : KSTI laksana pelbagai program outreach berkaitan STEM

Read Time:1 Minute, 36 Second

Kota Kinabalu : Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah telah berjaya melaksanakan beberapa program outreach khususnya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) pada tahun ini.

Menterinya Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, antara program yang telah dilaksanakan adalah  Program Kembara Sains Borneo Siri satu di Kota Marudu, Pitas dan Kudat.

“Selain itu, turut diadakan adalah Kembara Sains Borneo Siri dua di Kimanis, Kalabakan dan Pensiangan ternasuk  STEM FIESTA di semua daerah.

“Turut dilaksanakan ialah Program Outreach STEM luar bandar; dan Mini Teater STEM di Beaufort,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Jaffari aliam [ADUN Dilantik] pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Selain itu, Arifin berkata, kementerian juga berkolaborasi bersama Akademi Sains Malaysia (ASM) melalui Program National Science Challenge yang telah diadakan di World Trade Centre, Kuala Lumpur pada 31 Oktober lalu.

Katanya, program itu bertujuan untuk memupuk minat dikalangan pelajar sekolah bagi mendalami bidang STI seterusnya menyemai kecenderungan mereka untuk meneruskan pengajian dan kerjaya dalam bidang tersebut.

Menurutnya lagi, Sabah berjaya mendapat pengiktirafan penyertaan terbanyak pelajar luar bandar iaitu seramai 2,454 orang.

“Bagi Karnival Sains Sabah (KSS) iaitu program flagship KSTI telah dianjurkan sejak tahun 2021 dan merekodkan seramai 1.8 juta penyertaan bagi tempoh 2021 hingga 2022. Pada tahun ini, Program KSS yang telah diadakan pada tahun 2023 adalah Karnival STEM, STEM4U, Science & Art Educamp dan 3S Stem Speaker Series.

“Untuk makluman, selaras dengan Memorandum Perjanjian yang telah ditandatangani pada 11 Julai 2023 di antara KSTI bersama China Science Technology Museum dan Guangxi Science Technology Museum, sebanyak 60 buah bahan pameran Sains bernilal lebih RM3.0 juta telah ditempatkan di Sabah bagi tempoh tiga tahun. 

“Pameran bergerak bertemakan “Experiencing Science; Enlightened Innovation” ini menjelajah termasuk ke 13 lokasi luar bandar di seluruh negeri. Berdasarkan perancangan, jelajah di luar bandar ini melibatkan daerah Kudat, Tambunan, Ranau, Beaufort, Tenom, Sipitang dan Kota Belud,” katanya. – SABAH MEDIA 

RELATED ARTICLES
Utama

Gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus bermula 1 Disember

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya