HomeUtamaSESB pertingkat kapasiti penjanaan dengan mulatugas 15MWac Loji Tenaga Solar Skala Besar...

SESB pertingkat kapasiti penjanaan dengan mulatugas 15MWac Loji Tenaga Solar Skala Besar di grid Sabah

Read Time:1 Minute, 7 Second

LABUAN: Kapasiti penjanaan tenaga elektrik di Sabah akan dipertingkatkan lagi dengan pengoperasian dua lagi Loji Solar Skala Besar (LSS) di Wilayah Persekutuan Labuan.

Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Ir Mohd Yaakob Jaafar berkata, dua loji LSS yang hampir siap dibina di Labuan iaitu loji berkapasiti 10MWac, dibangunkan oleh Solar PV Power Sdn.Bhd. syarikat usahasama antara Jetama Energy Sdn. Bhd. (JETAMA) dan Symbior Solar dijangka akan dimulatugas pada Disember 2023 manakala sebuah lagi loji berkapasiti 5MWac yang dibangunkan oleh Sabah Energy Corporation (SEC) akan dimulatugas pada Februari 2024.

“Pengoperasian dua loji LSS ini akan dapat membantu menangani masalah catuan bekalan yang kerap disebabkan kekurangan kapasiti penjanaan grid dengan peningkatan margin rizab Grid Sabah ketika waktu beban puncak disiang hari.

“Pengoperasian LSS ini juga seiring dengan pembangunan tenaga hijau dan boleh diperbaharui di Grid Sabah,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian setelah melaksanakan satu lawatan kerja ke tapak LSS di Tanjung Kubong dan LSS Kampung Bukit Kalam pada Sabtu.

Lawatan itu turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif JETAMA, Ahmad Naim Uddang, dan Pengurus Projek SEC, Muhammad Faruq.

Kedua-dua loji LSS itu adalah antara 10 syarikat pembida di bawah skim LSS1 dan LSS2 yang telah dianugerahkan kontrak dan menandatangani Perjanjian Pembelian Kuasa (PPA) dengan SESB pada Ogos 2021.

Baki tujuh lagi loji LLS akan dimulatugas dan dioperasikan secara berperingkat sehingga Jun 2024.

RELATED ARTICLES
Utama

Tiada kompromi 40 peratus, pertahankan hak perlembagaan Negeri Sabah – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular