HomeUtamaFeRTAS sambut baik Belanjawan 2024 Negeri Sabah

FeRTAS sambut baik Belanjawan 2024 Negeri Sabah

Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Gabungan Persatuan Pelancongan Luar Bandar Sabah (FeRTAS) menyambut baik peruntukan sebanyak RM106.14 juta untuk pembangunan pelancongan luar bandar dalam Bajet Negeri 2024 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun pada Jumaat.

Presiden FeRTAS Walter Kandayon (gambar) berkata jumlah peruntukan tersebut amat wajar memandangkan pelancongan luar bandar terutama sekali pelancongan berasaskan komuniti (CoBT) di negeri Sabah telah mula menunjukkan hasil yang memberansangkan selepas secara agresifnya dibangunkan oleh Lembaga Pelancongan Sabah (STB) pada tahun 2014.

“Sungguhpun pembangunan CoBT hanya mula dirancakkan 8 tahun lalu, namun program ini sudah terbukti berupaya menyumbang kepada pembangunan negeri Sabah.

“CoBT berjaya menjana pendapatan, peluang pekerjaan dan pembangunan modal insan di luar bandar.

“Sebagai contoh ada beberapa CoBT di Kiulu dan Kota Belud yang diangkat oleh kerajaan negeri sebagai perintis pembangunan pelancongan pelancongan luar bandar mampu menjana pendapatan sehingga RM20,000 sebulan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Walter, dengan adanya peruntukan yang lebih besar maka lebih banyak program yang melibatkan pelancongan komuniti di luar bandar dapat dilaksanakan.

“Bagi pihak komuniti pelancongan luar bandar di Sabah, FeRTAS mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Sesungguhnya FeRTAS amat kagum dengan kebijaksanaan Ketua Menteri dalam memberi fokus kepada tiga bidang utama pertumbuhan ekonomi termasuk industri pelancongan,” katanya.

Sehubungan dengan itu, FeRTAS amat mengalu-alukan peruntukan tersebut dan yakin bahawa ia mampu memacu pembangunan pelancongan luar bandar sering dengan impian 2030, pelancongan luar bandar Sabah bertaraf dunia.

RELATED ARTICLES
Utama

Pengalaman Mengecewakan dengan Fly Pass Syarikat Penerbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular