HomeUtamaDUN Sabah : Beberapa Peruntukan Kerajaan Persekutuan tidak dapat dimasukkan dalam tabung...

DUN Sabah : Beberapa Peruntukan Kerajaan Persekutuan tidak dapat dimasukkan dalam tabung amanah

Read Time:49 Second

Kota Kinabalu : Beberapa peruntukan kepada Sabah daripada kerajaan Persekutuan tidak dapat dimasukkan dalam tabung amanah kerana peruntukan yang digunakan merupakan pinjaman.

Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ini kerana kerajaan persekutuan meminjam duit dari institusi tertentu dan terpaksa menarik balik peruntukan itu setiap akhir tahun.

“Ertinya dia bukan satu revenue yang terbit atau diperolehi kerajaan atau dikutip kerajaan pusat yang membolehkan dia dimasukkan barangkali dalam akaun yang kita cadangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Hassan A Gani Pg Amir (GAGASAN- Sebatik) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Dalam pada itu, Masidi berkata, Kerajaan secara rasmi telah pun mengemukakan cadangan agar setiap peruntukan yang tidak habis digunakan di negeri ini dimasukkan dalam satu akaun amah.

Katanya, ianya agar dapat diguanakan secara berterusan tanpa ditarik balik oleh Kerajaan Persekutuan.

“Untuk tujuan itu kita telah pun menubuhkan satu atau membuat pindaan kepada satu enakmen yang membolehkan kita menubuhkan tabung amanah tersebut,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular