HomeUtamaDUN Sabah : Semua pihak perlu kerjasama pastikan masalah rakyat diatasi sebaiknya

DUN Sabah : Semua pihak perlu kerjasama pastikan masalah rakyat diatasi sebaiknya

Read Time:1 Minute, 51 Second

Kota Kinabalu : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mahu semua pihak khususnya orang politik di negeri ini bekerjasama dalam memastikan masalah yang dihadapi rakyat dapat diatasi dengan sebaiknya.

Katanya, orang politik juga perlu melihat parti politik bukan lagi matlamat tetapi ianya adalah sekadar wadah untuk mencapai matlamat sama menentukan Sabah terus maju kehadapan.

“Bajet adalah sekadar anggaran, dia tidak boleh menyelesaikan semua masalah sekaligus, penyelesaian memerlukan kerjasama semua pihak khususnya kerajaan persekutuan pihak swasta pelabur luar dan juga orang-orang politik itu sendiri.

“Orang-orang politik harus melihat, parti politik itu bukan lagi matlamat tetapi parti politik itu sekadar wadah untuk mencapai matlamat sama bagi menentukan agar Sabah terus maju ke hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Belanjawan Sabah 2024 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Salleh berkata, Belanjawan Sabah yang diumumkan disifatkan sebagai sesuatu yang bersifat prihatin rakyat, berkebajikan dan mencerminkan usaha kerajaan untuk terus memajukan ekonomi Sabah.

Dalam pada itu, beliau berharap Kerajaan akan dapat mengkaji semula untuk bukan sahaja menganjurkan semula Tamu Besar Kota Belud, tetapi juga mencari jalan untuk menambahbaikkan Program Tamu Besar ini untuk masa akan datang.

Katanya, perancangan awal boleh diadakan untuk mengurangkan kesesakan lalulintas yang selalu berlaku pada setiap program Tamu Besar, dan perancangan juga boleh dilakukan untuk mendigitalkan mana aspek Tamu Besar yang sesuai seperti peralihan teknologi penstriman, e-dagang untuk jualan beli tamu tradisional dan aplikasi pembayaran tanpa tunai (cashless).

“Saya sedih dengan makluman bahawa Program Tahunan Tamu Besar Kota Belud sudah tidak diadakan untuk dua tahun berturut-turut: iaitu 2022 dan 2023 (kali terakhir diadakan pada 2021).

“Ini merupakan satu kerugian besar kepada sektor industri ekonomi tempatan Kota Belud, kerana Tamu  Besar merupakan  satu  program tempatan yang sudah cukup terkenal dalam kalendar perlancongan tahunan Sabah – rujuk Lembaga Perlancongan Sabah (Sabah Tourism Board).

“Program ini merancakkan    perniagaan    tempatan    dan    pelancongan    domestik    dan antarabangsa kerana Tamu Besar Kota Belud lebih unik dari tamu daerah lain Sabah kerana dapat menyajikan pelbagai jenis produk pelancongan: Acara Tamu Besar, Lumba Kerbau, Kuda Berhias, Ratu Serimpak, Pertandingan Usungan, dan lain-lain,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Isu SMM, klip video ADUN disifatkan lebih kepada ‘sakit hati’ dan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular