DUN Sabah : Kerajaan negeri tegas perangi gejala rasuah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 0 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan negeri sentiasa berpendirian tegas dalam memerangi rasuah khususnya di jabatan-jabatan atau agensi kerajaan.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, masalah rasuah yang berlaku perlu menjadi satu pengajaran kepada semua penjawat awam termasuk kepimpinan di negeri ini.

“Rasuah adalah satu penyakit yang cukup besar, kalau tidak ditangani memang ia akan jadi satu masalah dan halangan untuk kita menyelesaikan masalah-masalah seperti bekalan air, ada yang saya dengar tangki atau pun air dijual dan sebagainya.

“Perkara ini kita ambil serius, saya telah minta Setiausaha Kerajaan Negeri untuk menyiasat perkara ini, kalau betul kita mesti ambil tindakan.  Ini satu masalah atau penyakit yang paling besar, jadi kita tidak berkompromo dalam hal-hal bersangkutan rasuah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan – Senallang) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, Kerajaan negeri akan membuat keputusan yang terbaik dalam soal tenaga elektrik apabila Suruhanjaya Tenaga Elektrik diserahkan kepada Sabah tahun depan.

“Saya akan pastikan tahun depan apabila Suruhanjaya Tenaga Elektrik diserah kepada Kerajaan negeri, kita akan buat keputusan terbaik yang boleh agar tidak membebankan rakyat di negeri ini,” katanya. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *