HomeUtamaHajiji mahu kemudahan, fasiliti perubatan di Sabah berada pada tahap optimal

Hajiji mahu kemudahan, fasiliti perubatan di Sabah berada pada tahap optimal

Read Time:2 Minute, 5 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan Persekutuan diminta untuk memastikan kemudahan-kemudahan dan  fasiliti-fasiliti perubatan di Sabah berada di tahap yang optimal.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata,Kerajaan Negeri juga maklum bahawa peralatan-peralatan yang ada di hospital telah melebihi jangka hayat operasi.

Beliau juga mahu ianya digantikan dengan peralatan perubatan yang baharu bagi memenuhi keperluan pelbagai disiplin perkhidmatan baharu.

“Adalah menjadi hasrat Kerajaan Negeri untuk melihat lebih banyak fasiliti perubatan dan hospital-hospital pakar dibangunkan serta penambahan doktor pakar agar rakyat di negara ini menikmati kemudahan perubatan yang lebih selesa dan berkesan.

“Ini termasuk penambahbaikan dan penaiktarafan klinik-klinik kesihatan awam di Sabah dapat dipertingkatkan kerana ini akan dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik khusus untuk masyarakat di luar bandar negeri ini”, katanya pada Majlis Anugerah Sedafiat Tahun 2023 di The Grand Ballroom, Magellan Sutera Harbour di sini semalam.

Katanya, dalam usaha untuk memastikan sektor kesihatan di negeri ini terus dipertingkatkan, kerajaan negeri mengalu-alukan Belanjawan 2024 yang dibentangkan Perdana Menteri pada Oktober lalu yang memperuntukkan sebanyak RM150 juta untuk membina lima buah klinik kesihatan baharu termasuk di Pulau Mantanani, Kota Belud.

“Sesungguhnya keprihatinan Kerajaan Persekutuan amat dihargai kerana kemudahan ini sudah lama dinantikan-nantikan oleh penduduk di pulau berkenaan,” katanya.

Hajiji berkata, Sedafiat Sdn.Bhd telah memainkan peranan yang amat penting sebagai syarikat peneraju perkhidmatan sokongan di hospital bagi memastikan rakyat negeri ini mendapat kemudahan kesihatan yang baik, sekaligus dapat menyumbang kepada produktiviti.

Beliau berkata, sebagai penerajui perkhidmatan sokongan di hospital, menjadi tanggungjawab warga Sedafiat untuk bersama-sama kerajaan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang kepada rakyat, selain sentiasa menambah baik tadbir urus syarikat.

“Saya merakamkan tahniah Sedafiat kerana melaksanakan Program Sedafiat Technology Innovation & Creativity (STIC) yang mampu memberikan produktiviti serta kualiti kerja yang bermutu tinggi untuk mempertingkatkan lagi penyampaian perkhidmatan syarikat kepada masyarakat,” katanya.

Menurutnya, sepanjang perkhidmatannya, syarikat itu telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang sehingga menerima beberapa anugerah.

Antaranya Prestasi Cemerlang Perkhidmatan Sokongan Hospital bertaraf lima bintang daripada Kementerian Kesihatan Malaysia selama enam tahun berturut-turut (tahun 2018 sehingga 2023), Sabah Top Achievers Award 2019 (Industry Excellence in Hospital Support Services) pada 2019; Malaysia Top Achievers Award 2019 (Industry Excellence in Hospital Support Services) pada 2019; The Brand Laureate 2022 Bumiputera Best Brands Awards pada tahun 2022 dan The Brand Laureate 2022-2023 CEO OF THE YEAR, Integrated Facility Management pada tahun 2023.

Hajiji berkata, melalui program Karnival Sukan Sedafiat yang disertai seramai 380 orang kakitangan, menunjukkan warga Sedafiat mementingkan kesihatan tubuh badan dan persekitaran yang sihat bagi mencapai kualiti pekerjaan.

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya