HomeUtamaMasalah bekalan air di Labuan sukar tarik pelabur - Anifah

Masalah bekalan air di Labuan sukar tarik pelabur – Anifah

Read Time:2 Minute, 23 Second

KUALA LUMPUR: Masalah bekalan air yang membelenggu rakyat Labuan dan memeritkan lagi keadaan itu sudah lama berlaku namun tidak ada tindakan drastik dilakukan walaupun ia terletak di bawah Menteri Wilayah Persekutuan yang silih berganti, kata Ahli Dewan Negara, Senator Tan Sri Anifah Aman.

“Labuan adalah pulau yang cantik, apa yang dibentangkan ini saya setuju ulasan-ulasan tentang kuasa, biasiswa, akaun bank sangat bagus didengar tapi untuk rakyat Labuan ia tiada makna apa-apa, tidak ada ertinya kalau air tidak ada.

“Sekarang yang pelik sangat, Labuan dulu Menteri Wilayah Persekutuan beberapa menteri, KSU juga jadi Pengerusi Perbadanan Labuan tapi Labuan punya masalah air sangat simple (mudah) satu, maintenance (penyelenggaraan) paip yang bocor sudah 30-40 tahun, kedua, peruntukan, kalau tiada peruntukan tidak boleh buat maintenance, kalau kita tidak boleh buat maintenance rakyat yang menderita,” tegasnya ketika berucap membahas akta Rang Undang-undang Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Pindaan) 2023 di Dewan Negara pada Selasa.

Beliau turut meluahkan rasa kecewa ada pelabur-pelabur yang berpotensi datang ke Labuan tetapi tidak jadi melabur disebabkan masalah air dan bekalan elektrik tidak mencukupi.

“Saya sekarang dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan, saya ingin menjemput pelabur, three Fortune 500 companies datang jadi kita bagi taklimat dia tanya itu ini, kita tidak boleh sembunyi kenyataan yang sebenar bahawa air dan tenaga letrik ini tidak mencukupi di Labuan, so they told me “thank you very much” and left… jadi bagaimana kita hendak memajukan Labuan kalau kemudahan asas air dan letrik tidak ada?

“Tapi semua yang bagus kita dengar macam kita diibaratkan macam kita budak-budak kecil ini menangis dikasi gula-gula (candy) sampai bila kita nak dikasi candy saja, sampai bila budak-budak menangis saja?,” luahnya.

Sehubungan dengan itu, beliau turut mempelawa pemimpin-pemimpin untuk datang ke Labuan dan melihat sendiri keperitan hidup rakyat Labuan dengan masalah yang dihadapi.

“Datang ke labuan dan tengok keperitan rakyat Labuan baru kita mengerti, kalau kita tidak ke Labuan, kita berucap di Dewan yang mulia ini kita menjawab soalan-soalan tapi penderitan rakyat Labuan tidak dirasai oleh pemimpin-pemimpin maka tidak ada ertinya semua ini.

“Saya berterima kasih ini pertama kali Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan menyediakan peruntukan RM1.1 bilion untuk Kelantan, Sabah, termasuk Labuan. Terima kasih banyak-banyak. Sekurang-kurangnya ada cahaya di hujung terowong.

“Tapi lagi penting, pastikan ada duit semua, kita laksana dengan baik. Dan saya harap kalau ikut tender, pastikan tender terbuka, jangan ada campur tangan politik, dapatkan kontraktor yang terbaik supaya masalah air Labuan, mungkin 100 peratus tak dapat diselesaikan, tapi ada perbezaan,” tambah beliau.

Persidangan Dewan Rakyat 13 Oktober lepas meluluskan rang undang-undang bagi meminda Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 (Akta 654) yang bertujuan memperkemas tadbir urus dan memperkukuh integriti Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Rang Undang-undang Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Pindaan) 2023 itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas 25 Ahli Parlimen mengambil bahagian pada sesi perbahasan.

RELATED ARTICLES
Utama

Pantau projek pemasangan menara telekomunikasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular