HomeUtamaDUN Sabah : Sabah terus 141 projek persekutuan bernilai RM1.6 bilion

DUN Sabah : Sabah terus 141 projek persekutuan bernilai RM1.6 bilion

Read Time:1 Minute, 50 Second

Kota Kinabalu : Sabah telah menerima sebanyak 141 projek pembangunan persekutuan daripada pelbagai kementerian yang setiap satunya bernilai sehingga RM50 juta dengan jumlah keseluruhan bernilai RM1.635 bilion dalam Rolling Plan Ketiga (RP3), Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Timbalan Ketuan Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, projek yang terlibat diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah untuk pelaksanaan selepas pengiktirafan jabatan itu sebagai Jabatan Teknik di bawah Arahan Perbendaharaan (AP182).

“Daripada 141 senarai projek tersebut, 61 projek dengan kos projek RM 8.967 juta mendapat pengecualian ke atas AP182, iaitu 60 projek daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan satu daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dengan had nilai sehingga RM1 juta bagi projek penyelenggaraan dan pembaikan kecil.

“Manakala 15 projek yang bernilai keseluruhan RM 316.563 juta diberikan pengecualian berdasarkan permohonan yang dibuat oleh pelbagai kementerian persekutuan yang lain, selaku pihak agensi pemilik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini, semalam.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, senarai akhir projek yang dilaksanakan oleh JKR sabah adalah sebanyak 65 projek dengan kos keseluruhan sebanyak RM 1.3 bilion.

Katanya, daripada 65 projek, 44 projek dijangka ditender pada tahun ini dan 21 projek lagi pada tahun 2024 (iaitu pelaksanaan adalah diperingkat kerja awalan).

“Setakat ini, 17 projek daripada 44 projek yang disenaraikan adalah dalam peringkat perolehan, dengan kos perbelanjaan berjumlah RM824,200.00. Sebanyak sembilan projek telah ditender, 1 dalam proses menunggu keputusan Lembaga Perolehan, 4 akan ditender pada Disember 2023 dan 3 lagi dijangka akan ditender pada awal Januari tahun 2024,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Shahelmey berkata, dalam usaha menangani isu gangguan bekalan air di negeri Sabah, kementeriannya melalui Jabatan Air Negeri Sabah akan berusaha memperkasakan sistem penyampaian bekalan air melalui beberapa inisiatif.

“Antaranya akan melaksanakan tindakan penyelesaian jangka pendek di sembilan daerah seperti Kota Kinabalu, Tuaran, Papar, Lahad Datu, Keningau, Beaufort, Tawau dan Sandakan.

“Kementerian juga akan melaksanakan initiatif pemasangan Sistem Meter Pukal atau Water Vendor di kawasan- kawasan yang telah dikenal pasti kerap berlakunya penyambungan haram dan kecurian air.

“Selain itu, kementerian juga telah dan akan melaksanakan beberapa projek berimpak tinggi dan tindakan penyelesaian bekalan air di bawah peruntukan Pinjaman Mudah Persekutuan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya