HomeIsu tempatan5,000 peserta dijangka meriahkan Karnival Belia Sabah Sabtu ini

5,000 peserta dijangka meriahkan Karnival Belia Sabah Sabtu ini

Read Time:2 Minute, 0 Second

Kota Kinabalu : Seramai 5,000 peserta dijangka hadir memeriahkan Karnival Belia Sabah yang diadakan sempena sambutan Hari Belia Negara 2023 pada Sabtu ini.

Karnival yang akan berlangsung selama sehari bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) itu dijangka akan dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Presiden Majlis Belia Sabah Abqaree Fawwaz Abekan berkata, penganjuran karnival itu adalah untuk memberi pengiktirafan ke atas segala usaha dan sumbangan golongan belia dalam membangun modal insan bagi generasi negara dan Sabah.

Selain itu katanya, ia juga adalah bertujuan untuk meningkatkan semangat, harapan dan motivasi dalam kalangan para belia Sabah.

“Pada tahun lalu, Sabah telah menjadi tuan rumah bagi perayaan karnival sambutan Hari Belia Peringkat Kebangsaan di Pekan Tuaran, dengan menyaksikan seramai 36,000 pengunjung karnival tersebut.

Presiden Majlis Belia Sabah Abqaree Fawwaz Abekan

“Oleh yang demikian, pada tahun ini, sekali lagi pihak Kerajaan Negeri melalui Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) bersama Majlis Belia Sabah (MBS) dan Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah bakal menganjurkan Karnival Belia Sabah (KBS) bagi tahun 2023 dengan membawa tema ‘Ini Masa Kita, Belia Sabah Maju Jaya’. Karnival ini adalah untuk meraikan sambutan Hari Belia tersebut di peringkat Negeri Sabah,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Abqaree berkata, pada karnival itu juga, sebanyak empat kategori Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) bagi peringkat Negeri Sabah akan disampaikan kepada para belia yang terpilih.

Katanya, sebanyak tujuh segmen program telah disusun iaitu Segmen Modal insan, Segmen Ekonomi, Segmen Bakat Belia dan Kebudayaan, Segmen Kerjaya, Segmen Kenegaraan, Segmen Gaya Hidup Aktif dan Segmen Komuniti Hobi.

“Setiap segmen ini mempunyai pecahan aktivitinya tersendiri yang boleh disertai oleh para belia. Sebagai tambahan, ada beberapa aktiviti akan dilaksanakan pada hari sebelum dan selepas karnival Hari Belia, antaranya Bicara Kerjaya Belia Mahir (29 Nov 2023), Bicara Belia Rohani (30 Nov 2023), Dialog Kesihatan Mental (5 Dis 2023), Pertandingan Pidato Belia (2-7 Dis 2023), Auto Show Carnival (9 Dis 2023) dan banyak lagi acara yang bakal diadakan.

“Sehubungan dengan itu, KBSS bersama MBS dan JBS Sabah ingin mengajak dan menjemput kepada semua belia di seluruh Sabah untuk bersama-sama datang bagi memeriahkan lagi Karnival Belia Sabah ini. Pelbagai hadiah cabutan tiket bertuah menanti pemenang yang bertuah,” katanya.

Tambahnya lagi, para belia boleh melayari akaun facebook ‘Majlis Belia Sabah’ bagi mendapatkan info yang selanjutnya.

“Terdapat banyak poster dan jadual aktiviti karnival yang telah dimuat naik bagi memudahkan rujukan kepada semua belia Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

KAFA UMS komited fokus kemenjadian murid seimbang ilmu, adab dan sahsiah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya