HomeUtamaDUN Sabah : MUIS berjaya perolehi Sijil Tanpa Teguran Ketua Audit tiga...

DUN Sabah : MUIS berjaya perolehi Sijil Tanpa Teguran Ketua Audit tiga tahun berturut-turut

Read Time:1 Minute, 34 Second

Kota Kinabalu : Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) telah berjaya membuktikan komitmen tinggi dalam pengurusan kewangan apabila berjaya mendapatkan Sijil Tanpa Teguran Ketua Audit Negara selama tiga tahun berturut-turut bermula tahun kewangan 2019.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, bagi penyata kewangan tahun lalu, ianya telah selesai diaudit dengan mengikut segala keperluan yang telah ditetapkan.

Katanya, keputusan Sijil Audit akan diumumkan selepas mendapat kebenaran dari Ketua Audit Negara.

“Kemampuan pengurusan yang cekap ini juga di buktikan dengan penganugerahan sijil ISO 9001-2015 yang telah pun diperolehi oleh MUIS sejak tahun 2021 lagi.

“Selain berjaya mensifarkan hutang yang ada agensi ini juga mengukuh dan meningkatkan prestasi kewangan setiap tahun melalui portfolio Pelaburan yang terlibat dalam industri perbankan, perladangan dan sewaan hartanah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuat penggulungan kementeriannya di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini semalam.

Arifin berkata, MUIS juga turut berusaha ke arah membangunan tanah-tanah MUIS yang berpotensi tinggi untuk dimajukan dengan melibatkan pelabur-pelabur dalam dan luar negeri yang akan dapat memberi impak kepada sosio-ekonomi di negeri ini.

Katanya, wakaf sebagai salah satu instrumen perekonomian turut diperkasa dan di perluaskan skopnya.

“Satu lot bangunan empat tingkat dan sebuah klinik wakaf bergerak telah pun sempurna diserahkan kepada MUIS bagi memberi manfaat kepada masyarakat di negeri ini.

“Dana Tunai Wakaf Am, Pendididikan, Kesihatan dan Pembangunan telah pun dilancarkan dengan penyertaan yang baik terutamanya pewakafan secara Pemotongan Gaji Bulanan secara tetap dan sistematik.

“Penggunaan secara digital telah mempermudahkan ibadah berwakaf tunai ini di laksanakan,” katanya.

Dalam pada itu, Airifn berkata, dalam usaha membantu meningkatkan taraf hidup golongan asnaf, MUIS telah melaksanakan Program Zakat Zero to Hero bermula tahun 2023 seiring dengan aspirasi SMJ.

Katanya, MUIS telah berjaya memberikan pekerjaan 100 peratus kepada keseluruhan peserta yang menyertai program ini.

“Peserta adalah terbuka kepada kalangan asnaf, pelajar tahfiz dan Belia B40,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Mangsa samun ditetak, patah tulang, luka lengan kanan dan kiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya