HomeIsu tempatanUMS lepaskan benih ketam bakau, tingkat usaha pemuliharaan ekosistem pantai

UMS lepaskan benih ketam bakau, tingkat usaha pemuliharaan ekosistem pantai

Read Time:1 Minute, 47 Second

Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjalankan inisiatif pemuliharaan ekosistem marin melalui program pelepasan ketam bakau (Scylla Tranquebarica) bertujuan memulihkan dan mengekalkan populasi ketam bakau di perairan Sabah.

Menurut Timbalan Pengarah Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB) Dr. Mohamad Tamrin Lal, melalui program tersebut UMS menunjukkan komitmen tinggi dalam usaha memelihara biodiversiti ekosistem pantai di Malaysia serta menyokong kepada pengurusan sumber marin yang lebih mampan.

Katanya, program pelepasan ketam bakau yang dimulakan oleh UMS pada tahun 2015 adalah susulan daripada kejayaan pihak Hatceri Krustasia IPMB menjalankan pembenihan ketam bakau.

“Sejak tahun 2018 hingga 2022, sebanyak 45,000 benih ketam bakau telah berjaya dilepaskan di Tuaran, Kuala Penyu dan Kota Marudu. Manakala pada tahun ini, hampir 3,000 benih telah dilepaskan di Kota Kinabalu Wetland (Ramsar Site) pada bulan Ogos lalu.

“Aktiviti ini melibatkan pendekatan komprehensif yang menyepadukan penyelidikan saintifik, penglibatan komuniti dan pemantauan jangka panjang.

“Penyelidik di Hatceri Krustasia IPMB sedang berusaha menjalankan penyelidikan yang lebih meluas bagi mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk pengenalan semula ketam bakau ke habitat asal, dengan mengambil kira faktor seperti kualiti air, komposisi sedimen dan ketersediaan sumber makanan semua jadi.

“Dengan memanfaatkan kepakaran sedia ada, para penyelidik UMS dapat memastikan benih ketam bakau yang dilepaskan mempunyai peluang terbaik untuk hidup dan berjaya menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu,” jelasya.

Tambah Tamrin, penyertaan dan pendidikan masyarakat juga merupakan komponen utama program pelepasan benih ketam bakau menerusi kerjasama UMS dengan komuniti tempatan, nelayan dan pihak berkepentingan yang berkaitan untuk meningkatkan kesedaran tentang pemuliharaan ketam bakau yang mampan.

“Dengan melibatkan masyarakat setempat dalam usaha pemuliharaan, UMS yakin dapat memupuk rasa kebertanggungjawaban di samping menggalakkan komitmen kolektif untuk memelihara ekosistem pantai untuk generasi akan datang,” katanya.

IPMB UMS juga dapat membangunkan protokol pemantauan dan penilaian jangka panjang yang membolehkan penilaian keberkesanan dan impak program terhadap populasi ketam bakau tempatan dan persekitaran marin.

“Dengan kerjasama pihak Kota Kinabalu Wetland (Ramsar Site), pihak UMS juga akan memperhalusi strategi mendalami dinamik populasi dan kesihatan ekosistem ketam bakau di Sabah.

“Program ini akan menjadi model untuk kerjasama yang berkesan di antara ahli akademik, pihak badan bukan kerajaan dan komuniti setempat dalam aktiviti pemuliharaan dengan pendekatan holistik dalam melindungi biodiversiti marin,” tambahnya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Peranan persatuan penting galakkan pendermaan darah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular