HomeUtamaDUN Sabah : Kerajaan melalui agensi penguatkuasa giat laksana operasi bersepadu

DUN Sabah : Kerajaan melalui agensi penguatkuasa giat laksana operasi bersepadu

Read Time:1 Minute, 33 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan melalui agensi-agensi penguatkuasa giat melaksanakan operasi bersepadu melibatkan anggota dan aset pelbagai agensi.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir berkata, ia termasuklah dengan kerjasama perisikan antara pasukan keselamatan serta penggunaan teknologi bagi tujuan pengesanan dan pengawasan sepanjang perairan dan darat Sabah.

Katanya, pelbagai operasi bersepadu yang diadakan sepanjang tahun ini antaranya, Operasi TIRIS, SANGGAH, GASAK, Pacak Laut, Kontena, Gudang dan lain-lain bagi membanteras penyelewengan ini.

“Berdasarkan rekod Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah, sebanyak lebih RM5 juta nilai barangan telah dirampas bagi tempoh Januari hingga Oktober lalu.

“Jumlah itu melibatkan 931 kes pemeriksaan dan 11 tindakan kes pendakwaan telah dilaksanakan ke atas individu-individu yang melakukan aktiviti penyeludupan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi Jabatan Ketua Menteri (JKM) di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini semalam.

Abidin berkata, bagi rekod Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), sebanyak lebih RM17 juta nilai barangan telah dirampas melibatkan 1,763,836 jumlah pemeriksaan fizikal, 459 kes tangkapan dan 150 buah kenderaan dan bot juga telah dirampas pada tahun ini.

Manakala bagi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Abidin berkata, agensi itu berjaya merekodkan lebih RM2 juta nilai barangan telah dirampas.

“JKDM juga telah melaksanakan 1,618 aktiviti rondaan dan 643 kes serbuan telah dilaksanakan sepanjang tahun ini.

“Manakala bagi rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 460 kertas siasatan telah dibuka dan seramai 495 orang telah ditangkap atas kesalahan penyeludupan Kontraban serta 16 kes melibatkan makanan sejuk beku dengan 76 orang tangkapan di negeri Sabah bagi tempoh 10 bulan pertaman tahun ini.

“Ianya juga melibatkan nilai rampasan keseluruhan setakat ini lebih kurang RM119 juta,” katanya.

Dalam pada itu, Abidin berkata, penguatkuasaan yang dilaksanakan ini menunjukkan kerajaan sangat komited dalam setiap usaha yang dilaksanakan untuk membanteras penyelewengan terutama yang melibatkan penyeludupan barang-barang kawalan yang seharusnya dinikmati oleh rakyat jelata. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya